KESANTUNAN PANTUN MELAYU SARAWAK

THE POLITENESS WORDS OF SARAWAK MALAY'S PANTUN

  • Hamsiah Juki Universiti Putra Malaysia, Malaysia
  • Che Ibrahim Salleh Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Keywords: Santun, Pantun, Sarawak, Dialek, Bermukun, Decent, Poetry, Dialect

Abstract

Kesantunan telah menjadi darah daging dalam budaya dan kehidupan orang Melayu. Kesantunan bukan sahaja dapat dilihat dari aspek kehidupan biasa seperti dalam ujaran lisan tetapi juga dapat dilihat dalam penulisan khasnya yang berkaitan dalam penghasilan pantun. Pantun Melayu Sarawak khasnya adalah pantun yang digunakan semasa bermukun dalam masyarakat Melayu Sarawak sejak dahulu lagi terutama semasa majlis perkahwinan,majlis menyambut orang besar dan sebagainya.Penggunaan wacana yang ada dalam pantun Melayu Sarawak memperlihatkan kesantunan yang terdapat dalam masyarakat Melayu Sarawak. Objektif kajian ialah mengenal pasti bentuk pantun Melayu Sarawak, membincangkan unsur kesantunan dalam pantun Melayu Sarawak dan merumuskan kesantunan pantun Melayu Sarawak dari segi makna asal dan makna kiasan. Sebanyak 35 rangkap pantun yang dipilih hasil kajian yang dijalankan di beberapa buah kampung dan mendapati bahawa Kampung Sejaie salah sebuah kampung yang terletak di Kota Samarahan masih mengamalkan budaya bermukun yang menggunakan pantun sebagai bahan utama semasa bermukun. Bermukun telah lama diamalkan tetapi sejak kebelakangan ini budaya tersebut semakin menipis dalam kalagan masyarakat dan menarik minat pengkaji untuk menjalankan kajian yang lebih berfokuskan unsur santun yang digunakan dalam pantun tersebut bagi mengekalkan budaya dan khazanah lama yang semakin lapuk dek zaman. Pantun yang dihasilkan adalah lebih kepada penggunaan dialek Sarawak yang mempunyai makna yang berbeza da nada yang sama dengan makna yang digunakan dalam bahasa Melayu namun kajian juga melihat makna tersirat atau kiasan yang terdapat dalam penggunaan perkataan dalam pantun tersebut. 

 

Politeness has become ingrained in the culture and life of the Malays. Modesty not only be viewed from the aspect of ordinary life in oral speech but also can be seen in the literature, especially related to the production of rice. Sarawak Malay poem is a poem that is used especially during bermukun in Sarawak Malay community over the years, especially during weddings, large and welcoming people sebagainya.Penggunaan existing discourse in Sarawak Malay poem shows that there is modesty in Sarawak Malay community. The objective of the study is to identify the shape of the Sarawak Malay poetry, discussing the elements of modesty in Sarawak Malay poetry and courtly poem sums up the Sarawak Malay terms of the original meaning and figurative meaning. A total of 35 copies of a poem selected results of studies conducted in several villages and found that Kampung Sejaie one of the villages located in Kota Samarahan still practicing bermukun using rice as a main ingredient during bermukun. Bermukun has long been practiced in recent years but the dwindling culture in Halagan community and attract researchers to conduct a study that focuses on the elements of a decent used in the poem is to preserve the culture and heritage of the old timeless. The resulting poem is preferable to use Sarawak dialect that has a different meaning from the same vein with the meaning used in the Malay language but also study the implicit meaning or metaphor inherent in the use of the word in the poem. 

How to Cite
Juki, H., & Salleh, C. I. (1). KESANTUNAN PANTUN MELAYU SARAWAK . RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 5(1), 56 - 100. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/49