NILAI ISLAM DALAM TEKS MISA MELAYU

THE ISLAMIC VALUES IN TEXT OF MISA MELAYU

  • Kasmaizun Enuni Mohd Sarji Universiti Putra Malaysia Serdang, Selangor, Malaysia.
  • Kamariah Kamarudin Universiti Putra Malaysia Serdang, Selangor, Malaysia.
Keywords: Nilai Islam; akidah; ibadah; akhlak; Misa Melayu., Nilai Islam, Akidah, Ibadah, Akhlak, Misa Melayu, Islamic Value, Creed, Worship, Morals

Abstract

Nilai Islam amat penting untuk diterapkan dalam diri setiap manusia yang beragama Islam supaya manusia akan sentiasa berada di landasan yang benar iaitu jalan yang diredai oleh Allah SWT. Justeru, Raja Chulan menerusi hikayatnya iaitu Misa Melayu telah memaparkan nilai Islam supaya dapat dijadikan panduan dan pengajaran dalam kehidupan manusia. Oleh hal yang demikian, satu kajian dijalankan untuk mengenalpasti dan menganalisis nilai Islam dalam hikayat Misa Melayu dengan mengaplikasikan teori Takmilah. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks. Dapatan kajian menemui aspek penting dalam kerangka pemikiran keagamaan iaitu akidah, ibadah dan akhlak. Dari aspek akidah, ditemui satu nilai iaitu kepercayaan kepada Qada’ dan Qadar. Di samping akidah, pemikiran ibadat seperti menunaikan solat lima waktu, doa dan khutbah serta pemikiran akhlak iaitu sedekah, menghormati golongan yang lebih tua dan adil turut ditemui. Kesemua aspek nilai Islam yang ditemui ini telah dianalisis menggunakan teori Takmilah dan memenuhi kesemua prinsip yang menunjukkan bahawa hikayat ini merupakan hikayat yang berunsur Islam yang berlandaskan kepada ketauhidan kepada Allah SWT.

 

Islamic value is very important to be applied in every human being who have the faith in Islam as they should always to be in the right path and blessed by Allah SWT. Thus, Raja Chulan through its tale namely Misa Melayu is explained that the Islamic thought can be serve as a guidance and instruction in human lives. Hence, a study is carried out to identify and analysis of the Islamic value in Misa Melayu by applying the theory of “Takmilah”. The methodologies of this study are using the literature and text analysis methods. The findings from the analysis shows that the significant aspects in the framework of religious thinking are creed, worship and morals. From the aspects of creed, on of the thought of creed has been found is belief in Qada’ and Qadar. Besides that, the pray, dua (supplication) and sermon have been found in the thought of worship while the charity, respect for older and fair have been found in the thought of morals. All aspects of Islamic values are found have been analyses using the “Takmilah” theory and have fulfill all the principles with shows that this tales constitutes of the element of Islam based on the monotheism to Allah SWT.

How to Cite
Mohd Sarji, K. E., & Kamarudin, K. (1). NILAI ISLAM DALAM TEKS MISA MELAYU . RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 5(1), 101 - 125. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/50