KAWASAN SEJARAH DARI PERSPEKTIF BUDAYA DALAM TEKS SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU DAN MISA MELAYU

THE HISTORICAL REGION FROM CULTURAL PERSPECTICE IN THE TEXT OF SULALATUS SALTIN AND MISA MELAYU

  • Siti Rabiatul Adawiah Jaffar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.
  • Arba’ie Sujud Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.
  • Salmah Jan Noor Muhammad Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.
  • Kamariah Kamarudin Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.
Keywords: Kawasan Sejarah, Hasil Manusia, Hasil Semula Jadi, Salatus Salatin Sejarah melayu, Misa Melayu, Budaya Melayu, Historical Region, Man's Product, Nature's Product, Malay's Culture

Abstract

Kawasan sejarah merupakan cabang warisan budaya ketara statik yang terhasil berdasarkan tinggalan sejarah sama ada hasil manusia atau hasil semula jadi, atau gabungan antara keduanya. Kawasan berkenaan juga digambarkan sebagai kawasan penempatan, yang di dalamnya terkandung pelbagai ciri terutamanya budaya dalam memperlihatkan fungsinya kepada masyarakat khalayak. Perihal kawasan sejarah ini dikenal pasti turut terkandung di dalam teks historiografi, seperti Sulalatus Salatin Sejarah Melayu dan Misa Melayu. Justeru, bagi mengetengahkan gambaran kawasan sejarah pada teks berikut, penelitian akan dijalankan dalam mengenal pasti kawasan sejarah dalam teks Sulalatus Salatin dan Misa Melayu serta menganalisis fungsinya terhadap masyarakat Melayu. Kaedah kajian adalah analisis teks dengan mengaplikasikan teori Kebudayaan Malik Bennabi yang berfokus kepada salah satu unsur, iaitu unsur teknologi. Hasil penelitian, mendapati kawasan sejarah dibina dengan gabungan dua komponen penting, dengan membawa fungsi-fungsi tertentu, menganjur kepada gambaran identiti masyarakat Melayu.  

 

Historical region, one of tangible heritage, produce by historical remains whether the man’s product or natural’s product or combination of both. That region also describe as a placing, which contain a lot of characteristic especially culture to show the functions for societies. The historical region identified in historiography’s text, such as Sulalatus Salatin Sejarah Melayu and Misa Melayu. Thus to highlight the historical region on text, the research will be carried out to identified the historical region on Sulalatus Salatin and Misa Melayu and to analyze the functions of historical region toward Malay. This research using textual method with the application of Cultural theory of Malik Bennabi, focusing on element of technology. The result found out, historical region is a product of two important component that carry certain function protrudes to show Malays identities.

How to Cite
Jaffar, S. R. A., Sujud , A., Noor Muhammad , S. J., & Kamarudin, K. (1). KAWASAN SEJARAH DARI PERSPEKTIF BUDAYA DALAM TEKS SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU DAN MISA MELAYU . RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 5(1), 233 - 265. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/55