SIMBOL DALAM MANTERA MENURUT KEPERCAYAAN ORANG MELAYU
SYMBOL IN MATRA BASED ON THE MALAY BELIEF
Abstract
Mantera mempunyai unsur simbolisme yang boleh dilihat melalui penggunaan bahasanya. Ia penting dalam mempengaruhi pemikiran seseorang individu untuk menjadi lebih sempurna dalam kehidupan mereka dan kehidupan bermasyarakat. Makalah ini mempunyai dua objektif iaitu pertama mengenal pasti simbol yang terdapat dalam mantera dan kedua menghuraikan fungsi simbol yang terdapat dalam mantera menurut kepercayaan orang Melayu. Kajian ini bertitik tolak daripada teori Semiotik yang melihat proses kreatif dalam berbahasa boleh mempengaruhi psikologi manusia dan melihat dunia kata-kata dalam mantera sebagai cerminan lambang akal budi orang Melayu. Ia juga akan disesuaikan dengan teori pengkaedahan Melayu. Prinsip simbol yang terdapat dalam teori Semiotik akan dilihat bagi mengenal pasti simbol-simbol yang terdapat dalam mantera. Manakala fokus bagi teori Pengkaedahan Melayu adalah berkaitan dengan pendekatan firasat yang berkait langsung dengan pemikiran masyarakat Melayu dahulu. Bahan mantera yang akan digunakan adalah daripada buku Ulit Mayang Kumpulan Mantera Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Justeru keindahan kata-kata dalam mantera bukan sahaja terletak pada pilihan kata serta kalimatnya yang berima, tetapi terkandung di dalamnya makna dan falsafah yang sangat baik mewakili pancaran pemikiran masyarakat tradisi dahulu. Mantera juga dapat menerangkan pemikiran tentang peranan dan kepentingan manusia untuk menguasai ilmu, menghayati alam sekitar, dan hubungan manusia dengan kehidupan, sebuah ekspresi intelektual serta memberi penekanan kepada keindahan dan kehalusannya iaitu dari segi budi dan bahasanya. Maka penggunaan simbol dalam mantera dilihat amat penting untuk menggambarkan kepercayaan masyarakat terhadap sesuatu perkara dan mantera adalah cermin serta dokumen budaya masyarakat tradisi.
Incantations have elements of symbolism that are visible through the usage of its language. They are important in influencing one’s thinking in order to be better in his daily life as well as living as a society. There are two objectives of this paper, where the first is to identify the symbols found in Malay’s incantations. This theory originates from the Semiotic Theory that views the creative process in using a language as being able to influence human psychology and sees the world of words in incantations as a reflection of the common sense of the Malays. It will also be adapted with the Theory of Malay Methodology. The principle of symbols found in the Semiotic Theory will be in view to identify the symbols found in the incantations. On the other hand, the focus of the Theory of Malay Methodology is pertinent to the intuitionist approach, which is directly related with the thinking of the early Malay society. The incantation materials that are going to be used are from the Ulit Mayang Kumpulan Mantera Melayu book published by Dewan Bahasa dan Pustaka. Hence the beauty of the words in the incantations does not only lie on the word selections and the rhyming sentences, but also embedded in it exceptional meanings and philosophies that represent the thinking of the past traditional society. The incantations are also able to explain the reasoning on the roles of and the importance for man to master knowledge, appreciate nature and man’s relationship with life; an intellectual expression and putting emphasis to its beauty and fineness in the aspects of its decorum and language. Therefore, the use of symbols in incantations is viewed to be crucial in illustrating a society’s belief on something, and incantations are reflections and cultural documents of a traditional society.