ESTETIKA KEROHANIAN DALAM SENI KATA LAGU POPULAR KARYA S. AMIN SHAHAB

SPIRITUAL ESTETIC IN THE LYRICS OF POPULAR SONG

  • Hairul Anuar Harun Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia.
  • Abdul Halim Ali Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia.
  • Mohd Azam Sulong Fakulti Muzik dan Seni Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia.
Keywords: Seni Kata Lagu, Lagu Popular, S Amin Shahab, Estetika Kerohanian, Gaya Bahasa, Sastera Sufi, Lyrics, Popular Song, Spiritual Aesthetics, Stylistic, Sufi Literature

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesepaduan dan perkaitan antara unsur estetika dengan kerohanian dalam seni kata lagu karya S. Amin Shahab. Sebanyak 10 buah seni kata lagu menjadi sumber data berdasarkan dua kriteria utama, iaitu (1) lagu yang popular dan malar segar, (2) seni katanya menepati tema kerohanian. Kajian ini akan menggunakan kaedah kualitatif melalui pendekatan analisis kandungan teks dengan pengumpulan data dan kajian kepustakaan. Data yang dianalisis, dibincang secara deskriptif, dengan berpandukan aspek gaya bahasa oleh Tarigan. Penyepaduan unsur estetika gaya bahasa ini dihubungkan dengan pemikiran S. Amin Shahab dan perkaitannya dengan unsur kerohanian. Hasil kajian mendapati sebanyak enam jenis gaya bahasa mendominasi sumber data. Kesepaduan estetika dengan kerohanian, terbukti wujud dan begitu signifikan dengan sastera sufistik serta kaya dengan maksud tersirat dan tersurat mahupun dari aspek tekstual dan kontekstual, serta penuh fikrah, berhikmah, indah, dan bermakna. Penyelidikan ini telah membuktikan bahawa seni kata lagu merupakan sebuah karya sastera yang komprehensif malah sewajarnya ia diangkat serta diiktiraf sebagai salah satu cabang sastera.

 

This research aims to identify the integration and connectivity between aesthetics and spiritual elements in the lyrics written by S. Amin Shahab. There are 10 lyrics altogether taken as data for this purpose, based on two main criteria, (1) popular and evergreen songs, (2) lyrics with spiritual contents. This research applies a qualitative method through text content analysis approach with data collected and intensive library reference. Data were analysed and descriptively discussed according to the Tarigan language style methods. Integration of aesthetic style is connected with the thought of S. Amin Shahab and its relationship with spirituality. The study found as many as six types of language style, dominate the analysed data source. Aesthetic and spiritual integrity, proven to exist and so significant with Sufi literature. It is also rich and loaded with meaning, with express or implied terms of the textual and contextual, as well as thoughtful, graceful, beautiful, and meaningful. Research has proven that lyrics is a comprehensive literary work and deserved to be recognised as one of the important branches of literature.

How to Cite
Harun, H. A., Ali, A. H., & Sulong, M. A. (1). ESTETIKA KEROHANIAN DALAM SENI KATA LAGU POPULAR KARYA S. AMIN SHAHAB. RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 4(1), 63 - 96. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/60