ESTETIK LAGU-LAGU MELAYU POPULAR (ELMP): SATU ANALISIS TERHADAP SENI KATA LAGU

THE AESTHETIC OF MALAY POPULAR SONGS (ELMP) AN ANALYSIS ON THE LYRICS

  • Mohd Azam Sulong Fakulti Muzik dan Seni Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak, Malaysia.
  • Zaharul Lailiddin Saidon Fakulti Muzik dan Seni Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak, Malaysia.
  • Mohd Rosli Saludin Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
Keywords: Stilistik, Estetik, Lagu Melayu Popular, Anugerah Industri Muzik (AIM), Anugerah Juara Lagu (AJL), Stylistic, Aesthetic, Malay Popular Song

Abstract

Kajian yang dijalankan ini adalah berkaitan dengan Estetik Lagu Melayu Popular (ELMP) melalui penganalisisan terhadap seni kata lagu. Dalam kajian ini hanya memberi fokus kepada lagulagu Melayu popular di Malaysia. Lagu Melayu Popular dalam konteks kajian ini adalah lagu-lagu yang dicipta oleh karyawan tempatan, dipilih, dirakam oleh penyanyi popular dan diterbitkan oleh syarikat rakaman, diedar, dijual dan disiarkan bagi tujuan komersial. Tujuan kajian ini untuk mendapat jawapan mengenai aspek-aspek gaya bahasa dalam seni kata lagu lagu-lagu Melayu popular. 10 sampel kajian daripada 50 buah lagu yang dipilih adalah lagu-lagu Melayu popular yang memenangi anugerah-anugerah berprestij di negara anjuran badan penyiaran dan industri muzik iaitu (1) Anugerah Industri
Persatuan Muzik Malaysia (AIM) dan Anugerah Juara Lagu (AJL). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data mengenai seni kata lagu. Kaedah temu bual juga dilakukan terhadap pengkaryapengkarya yang terlibat dalam penciptaan lagu dan seni kata lagu yang dipilih. Untuk mendapat kesahan dan kebolehpercayaan data, kaedah triangulasi yang diubahsuaikan daripada Denzin dan Lincoln (2005) digunakan. Dapatan ditriangulasikan melalui analisis seni kata dan temu bual dengan pengkarya-pengkarya serta dokumen-dokumen sokongan yang lain. Kerangka teori yang mendukung kajian ini adalah teori Estetik sebagai teori umum dan dihalusi dengan teori Stilistik. Dapatan kajian mendapati unsur bunyi yang terhasil dari seni kata mempunyai estetika yang tinggi. Selain daripada itu gaya pengulangan seni kata dan melodi juga mampu menghasilkan bunyi yang menarik.  

 

This study is associated with the Aesthetic Malay Popular Songs (AMPS) through the lyrics analysis. In this study, focusing on Malay popular songs in Malaysia. Popular Malay songs in the context of this study are the songs that is created by local employees, selected, recorded by popular singer and published by the record companies, distributed, sold and published for commercial purposes. The aim of this study to get answers about aspects of stilistic in lyrics Malay popular songs. 10 samples of 50 songs chosen are Malay popular songs that won prestigious awards in the Malaysia, organized by the broadcasters and the music industry, namely (1) Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) and Anugerah Juara Lagu (AJL). This study used a qualitative approach. Contents analysis method was used to analyze data on the lyrics. The interview was conducted on songs writer involved in the creation of lyrics and melodys of the selected word. To get valid and reliable data, method of triangulation by Denzin and Lincoln (2005) is used. Triangulation through lyrics analysis and interviews with creative preson as well as documents and other support. The framework of this study is to support the theory as a general theory of aesthetics and refined the theory of stylistics. Results showed that the resulting sound of the word art has a high aesthetic. Apart from the art style repetition of words and melody can also produce interesting sounds.

How to Cite
Sulong, M. A., Saidon , Z. L., & Saludin, M. R. (1). ESTETIK LAGU-LAGU MELAYU POPULAR (ELMP): SATU ANALISIS TERHADAP SENI KATA LAGU . RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 4(1), 97 - 126. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/62