BAHASA DALAM MATERA MENGIKUT BUDAYA MELAYU

LANGUAGE IN MATRA BASED ON THE MALAY CULTURE

  • Mazarul Hasan Mohamad Hanapi Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia.
  • Norazimah Zakaria Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia.
  • Mohd Rosli Saludin Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia.
Keywords: Psikolinguistik, Mantera, Struktural, Psikologi, Ghaib, Psycholinguistics, Spells, Structural, Psychology, Occult

Abstract

Menurut George A. Miller (1965), ilmu psikolinguistik bertujuan untuk menghuraikan proses psikologi yang berlaku ketika manusia menggunakan ayat. Beliau pernah menegaskan bahawa kelahiran disiplin ini merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ahli psikologi sudah lama mengakui bahawa otak manusia itu menerima simbol-simbol linguistik. Sehubungan itu, bahasa atau dunia kata-kata dalam mantera akan dilihat berdasarkan bagaimana bentuk pengucapan mantera boleh mempengaruhi pemikiran atau psikologi manusia atau individu yang mengamalkannya. Makalah ini mempunyai dua objektif iaitu mengenal pasti bentuk bahasa mantera dan kedua adalah menghuraikan bagaimana bentuk tersebut dapat mempengaruhi khalayak yang mengamalkannya. Makalah ini akan menggunakan teori psikolinguistik yang melihat proses kreatif dalam berbahasa boleh mempengaruhi psikologi manusia dan teori struktural yang melihat dunia katakata dalam mantera. Teori struktural tidak akan dilihat sebagai dunia yang autonomous tetapi akan dihubungkan dengan konteks atau budaya masyarakat yang melahirkan mantera. Mantera ialah karangan berangkap yang menerangkan world-view dan kosmos bagi manusia berhubung dengan makhluk-makhluk ghaib. Mantera menerangkan pemikiran tentang peranan dan kepentingan manusia untuk menguasai ilmu, menghayati alam sekitar, dan hubungan manusia dengan kehidupan, sebuah ekspresi intelektual serta memberi penekanan kepada keindahan dan kehalusannya iaitu dari segi budi dan bahasanya. Kesimpulannya, dunia kata-kata dalam mantera boleh merangsang psikologi manusia untuk berubah menjadi apa yang dimahukannya mengikut amalan individu tersebut. Namun, penggunaan mantera bagi masyarakat Melayu kini kurang diamalkan kerana ia bertentangan dengan ajaran agama Islam. 

 

According to George A. Miller (1965), the science of psycholinguistics aims to describe the psychological processes that occur when people use verse. He pointed out that the birth of this discipline is something that cannot be avoided because psychologists have long recognized that the human brain receives linguistic symbols. In this respect, the language or the words of the mantra will be based on how the pronunciation of mantras can affect the mind or human psychology or individuals who practice it. This paper has two objectives, namely to identify the language of the mantra and the second is to explain how these forms can affect people who practice it. This paper will use psycholinguistic theories that see the creative process in language can affect human psychology and structural theory that sees the world the words in the mantra. Structural theory will not be seen as an autonomous world but will be linked to the context or culture that spawned the mantra. The mantra is linked essays describing the world-view of the cosmos and the human touch with supernatural beings. Mantras explain the thinking about the role and importance of human to master, to nature, and man's relationship to life, an intellectual expression and emphasize the beauty and subtlety of the people and the language. In conclusion, the words of the mantra can stimulate human psychology to become what it wants in accordance with the practice of the individual. However, the use of mantra for the Malay community is now less practiced because it is against the teachings of Islam. 

How to Cite
Mohamad Hanapi, M. H., Zakaria, N., & Saludin , M. R. (1). BAHASA DALAM MATERA MENGIKUT BUDAYA MELAYU . RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 3(1), 75 - 91. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/75