KONSEP HAK ASASI MANUSIA DALAM KARYA MELAYU TRADISIONAL
THE CONCEPT OF HUMAN RIGHT IN THE MALAY TRADITIONAL TEXT
Abstract
Makalah ini mengetengahkan karya Melayu tradisional sebagai sumber untuk meneroka dan mengkaji konsep hak asasi manusia yang dipegang oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Umum mengetahui bahawa tuntutan hak asasi manusia sebenarnya adalah tidak sama. Tuntutan tersebut berbeza antara sebuah masyarakat/negara dengan masyarakat/negara yang lain bergantung kepada undang-undang, keadaan politik, kedudukan ekonomi, budaya, dan agamanya. Dalam hal ini karya Melayu tradisional sebagai sebuah dokumentasi sosial yang banyak merakamkan pelbagai sisi kehidupan masyarakat Melayu zaman silam, dapat dijadikan sebagai sumber untuk mengkaji konsep hak asasi manusia yang dipegang oleh masyarakat Melayu zaman silam, khususnya melalui karya sastera sejarah dan sastera undangundang dan ketatanegaraan.
This paper explores the works of traditional Malay as resources to explore and study the concept of human rights held by the Malay community in the past. It is common knowledge that the demands of human rights actually are not the same. These demands vary between a society / state with the community / country to another depending on the legal, political, economic, cultural, and religious issues. In this case the work of traditional Malay as a social documentation that many express a variety of ancient Malay community life, can be used as a source for studying the concept of human rights held by the ancient Malay community, especially through literary history and literary law and constitution.