NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK KECINTAAN TERHADAP NEGARA

THE MORAL VALUES IN THE ADULT LITERATURE ENCOURAGING THE SPIRIT OF PATRIOTISM

  • Ani Haji Omar Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris Perak, Malaysia
Keywords: Sastera Remaja, Pemikiran, Perpaduan Kaum, Berwawasan, Dikriminasi, Young Adult Literature, Thingking, Unity, Vision, Siscrimination

Abstract

Kertas kerja ini membuat penelitian terhadap nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel remaja Air Mata Ibu. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja dilihat daripada subjek dan media, malah diri remaja itu sendiri perlu diketahui. Bagi mengenali sastera remaja, penekanan perlu diberi kepada nilai murni yang mengandungi nilainilai moral dan pendidikan. Malah, sastera mampu menjana pemikiran masyarakat khususnya remaja ke arah keunggulan berfikiran bagi melahirkan generasi yang seimbang dalam semua aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intektual. Ini bertujuan supaya generasi masa kini dapat memahami lantas menghayati apa yang dihasratkan oleh pemerintah dalam menyemai perpaduan kaum demi keharmonian negara tercinta. Terdapat lapan nilai murni dalam novel remaja Air Mata Ibu iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Nilai-nilai murni itu diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat untuk pembinaan negara. Kini, negara amat memerlukan generasi yang benar-benar mempunyai sikap yang positif, dinamik, berpandangan jauh dan mempunyai kekuatan serta daya tahan yang kental.

 

This paper will make a study of the values contained in the teen novel Air Mata Ibu. The writings of young adult literature is not only viewed in terms of subject and the media, but even from within the teenagers themselves. To recognize young adult literature, emphasis should be given to moral values that contain moral values and education. In fact, this literature is capable of generating public opinion, especially towards excellence minded teenagers to create a generation that is balanced in all aspects, namely physical, emotional, spiritual and intellectual. This meant that the present generation can understand and then live up to the aspirations of the government in nurturing unity for the sake of harmony in our beloved country. There are eight values in young adult novels Air Mata Ibu, the culture of excellence, perseverance, humility, acceptance, loyalty, meritocracy, education and integrity. These moral values would hopefully unite Malaysians with thoughts and actions that lead to the goal of nation-building. Now, the country urgently needs a generation that actually have a positive attitude, dynamic, visionary and have the strength and strong perseverance.

How to Cite
Haji Omar , A. (1). NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK KECINTAAN TERHADAP NEGARA . RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 3(1), 128 - 152. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/79