KONSEP KOMUNIKASI DAN KEPENGARANGAN MUHAMMAD HAJI SALLEH BERASASKAN MODEL TEKSNALURI

THE CONCEPT OF COMMUNICATION AND AUTHORSHIP OF MUHAMMAD HAJI SALLEH BASED ON TEKSNALURI MODEL

  • Ghazali Din Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak, Malaysia.
  • Abdul Halim Ali Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak, Malaysia.
  • Mohd Azam Sulong Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak, Malaysia.
Keywords: Komunikasi, Kekuatan Bahasa, Kepengarangan, Teksnaluri, Communicative, Language Strenght, Authorship, Instinct

Abstract

Seorang penyair menghantar mesejnya melalui puisi. Puisi mempunyai kekuatan dari aspek bahasanya yang mencerminkan perasaan seorang pengarang. Puisi yang bersifat komunikatif berkomunikasi dengan pembaca melalui perasaan pengarangnya yang diterapkan ke atas teks sehingga mempengaruhi perasaan pembaca. Kajian ini akan menyentuh tentang kepengarangan dan proses kreatif berlandaskan naluri seorang pengarang (penyair). Konsep Teksnaluri dikemukakan untuk memperlihatkan hubungkait antara naluri. Teksnaluri adalah pembuktian bahawa sesebuah puisi yang dihasilkan mempunyai sifatsifat kejiwaan bagi memberi kesan mendalam kepada emosi pembaca. Kajian ini akan menggunakan pendekatan deksriptif dan kaedah kualitatif untuk mengkaji puisipuisi karya Muhammad Haji Salleh dalam 10 kumpulan puisinya secara kepustakaan. Puisi-puisinya dikaji dari aspek sejauh manakah naluri pengarang menjadi landasan komunikasi antara pengarang, teks dan pembaca dalam memahami makna teks puisi. Teksnaluri adalah cetusan gagasan baharu yang kemukakan pengkaji bagi menambah ilmu berkaitan kepengarangan, psikologi serta pertaliannya dengan proses kreatif seseorang pengarang kreatif. Selain ilmu dan pengalaman sebagai faktor yang membina kredibiliti seseorang pengarang, pengaruh naluri dalam penciptaan puisi adalah aspek yang mengukuhkan kredibiliti sesebuah karya kreatif. Kajian ini akan menambah khazanah gagasan yang berkaitan aspek kepengarangan yang memanfaatkan kekuatan bahasa dalam menentukan ruang lingkup pengkaryaan yang menyangkuti pelbagai persoalan kehidupan yang dilalui seorang pengarang. Setiap manusia termasuk pengarang memiliki naluri sebagai fitrah hingga mempengaruhi jiwa dan pemikiran pembaca yang diungkapkan secara estetik melalui bahasa yang digunakannya. Sifat mementingkan komunikatif akan mendorong pengarang menghasilkan puisi yang mempunyai ciri-ciri Teksnaluri.  

 

A poet sent his message through poetry. Poetry has the power of the language which reflects the feelings of the author. Poems that are communicative communication with readers through the author's feelings are applied to the text that can influence the reader's feeling. This study will touch on authorship and creative process based on the instinct of an author (poet). Teksnaluri concept was presented to show the relationship between instincts. Teksnaluri is a proof that a poem that is produced has the properties of a psychiatric profound impact on the reader's emotions. This study will use a descriptive approach and qualitative methods to study the poetry of Muhammad Haji Salleh in 10 groups of the poem in a library study. His poems are studied in terms of the extent of the author's instincts as a platform of communication between author, text and reader in understanding the meaning of the text of the poem. Teksnaluri is an explosion of new ideas that furnish researchers to gain knowledge related to authorship, psychology and relationship to the creative process of a creative writer. In addition to knowledge and experience as factors that build the credibility of an author, the influence of instinct in the creation of poetry is the aspect that reinforces the credibility of the creative work. This study will add to the treasure of ideas related aspects of authorship that harnesses the power of language in determining the scope of the employment which involves various problems of life of an author. Each person, including the author's own instincts can affect the nature of the soul and mind of the reader aesthetic expressed through the language they use. Communicative elements will lead the authors to produce poetry that contains characteristics of Teksnaluri. 

How to Cite
Din, G., Ali, A. H., & Sulong, M. A. (1). KONSEP KOMUNIKASI DAN KEPENGARANGAN MUHAMMAD HAJI SALLEH BERASASKAN MODEL TEKSNALURI . RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 3(1), 166 - 186. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/82