HEGEMONI JURNALISTIK DALAM KAJIAN TETRALOGI BUMI MANUSIA KARYA PRAMOEDYA ANANTA TOER

JOURNALISTIC HEGEMONY IN ANALYSIS OF TETRALOGY BUMI MANUSIA BY PRAMOEDYA ANANTA TOER

  • Abdul Halim Ali Fakulti Bahasa dan Komnikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak Malaysia.
  • Azman Ismail Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Kuala Lumpur, Malaysia.
Keywords: Hegemoni Jurnalistik, Intelektual, Ideologi, Teori Jarum Hipodermik, Kelas Margina, Journalism Hegemony, Intellectuals, Ideology, Hypodermic Needles Theory, Class Marginal

Abstract

Kerangka konseptual hegemoni jurnalistik menjadi satu pendekatan alternatif baharu dalam kajian terhadap kedudukan karya-karya sastera sama ada tempatan mahupun asing. Kerangka konseptual ini dibina berdasarkan kepada prinsip bahawa karya sastera merupakan media kreatif yang berperanan menyebarkan maklumat-maklumat kepada pembaca. Fokus kepada kajian ini ialah untuk membuktikan bahawa novel-novel Pramoedya Ananta Toer merupakan contoh bagaimana sesebuah karya sastera berfungsi sebagai medium hegemoni jurnalistik untuk menggerakkan kesedaran mental kelas sosial yang diwakilinya. Melalui pendekatan ini, akan dibuktikan bagaimana tetralogi Bumi Manusia menjadi medium gerakan intelektual dan ideologi kelas marginal yang merupakan dua elemen penting dalam pembentukan hegemoni bagi kelas-kelas sosial. Kenyataan ini akan membuktikan bagaimana hegemoni jurnalistik yang dibina berdasarkan prinsipprinsip hegemoni tandingan oleh Antonio Gramsci dan teori komunikasi iaitu Teori Jarum Hipodermik dapat menjawab peranan novel-novel Pramoedya, khususnya untuk membawa kelas marginal Jawa keluar daripada kesedaran palsu yang dibina oleh sistem feudal dan kolonialisme Belanda di Jawa. 

 

The conceptual framework of journalistic hegemony become a new alternative approach to the study of the literary both of local and foreign. This conceptual framework is based on the principle that literature is a creative media to role disseminating information to the readers. The focus of this study is to prove that the novels of Pramoedya Ananta Toer are an example of how a literary work as a medium to create mental awareness of social class he represents. Through this approach will prove how his tetralogy of Bumi Manusia become a medium of intellectual and ideological movement by marginal class, two main elements in the formation of hegemonic social classes. These statements will prove how journalistic hegemony built on the principles of unrivalled hegemony by Antonio Gramsci and the theory of communication, namely Hypodermic Needle Theory can able to explain the novels of Pramoedya role, to bring marginal Java classes out of false consciousness built by feudal system and Dutch colonialism in Java. 

How to Cite
Ali, A. H., & Ismail, A. (1). HEGEMONI JURNALISTIK DALAM KAJIAN TETRALOGI BUMI MANUSIA KARYA PRAMOEDYA ANANTA TOER. RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 2(1), 1 - 49. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/84