PENGUASAAN GOLONGAN KATA DALAM KALANGAN MURID SJKT

MASTERING OF WORD GROUPINGS AMONG NATIONAL TYPE TAMIL PRIMARY SCHOOL (SJKT) STUDENTS

  • Sivaneswary Sivaratanam Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor
Keywords: bahasa Melayu, kemahiran tatabahasa, tahap I, analisis penguasaan, Malay language, grammar skills, level one, mastery analysis

Abstract

Kajian ini memfokuskan penguasaan golongan kata dalam kalangan murid SJK (T). Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis penguasaan kemahiran tatabahasa khususnya golongan kata BM murid SJK (T). Skop kajian merangkumi penguasaan golongan kata BM tahap satu. Objektif kajian ini ditentukan melalui satu ujian yang merangkumi 30 soalan tatabahasa berdasarkan kemahiran yang disenaraikan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi Tahap 1. Model Pengajaran Berkesan oleh Slavin (1994) digunakan sebagai landasan kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan, pemerhatian, temu bual dan tinjauan lapangan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian penilaian kemahiran tatabahasa. Pengkaji telah memilih 15 golongan kata dalam membina soalan tatabahasa Tahap I untuk diuji dalam kalangan 50 orang murid Tahap II, iaitu darjah lima. Data dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Data menunjukkan bahawa kemahiran sistem tatabahasa tahap satu kurang dikuasai oleh murid tahap dua. Hal ini terbukti apabila murid darjah lima tidak dapat menjawab sistem tatabahasa yang kosa katanya diuji daripada buku teks yang telah dipelajari dalam tahap satu. Hampir 60% daripada keseluruhan responden gagal mendapat betul dalam ujian penilaian kemahiran tatabahasa yang telah diadakan.

This study focuses on the mastering of Malay language word groupings among national type Tamil primary school (SJKT) students. The objective of this study is to identify and analyze the ability to master grammar skills especially Malay language word groupings of level one. The objective of this study was determined through a test comprising 30 grammatical questions based on the skills listed in KSSR for Level 1. Effective Teaching Model by Slavin (1994) is used as a platform for this study. The research involves methodologies based on literature, observation, interviews and field study. The tools used for this study is grammar skill assessment test. The researcher has chosen 15 word groupings in itemizing questions for level one grammar which were then used to test 50 students from level two as a respondents (year five students). The data was analyzed quantitatively and qualitatively. The outcome revealed that the mastery of level one grammar was not satisfactory among the level two students. This is proven when a year five students could not answer the grammatical system whereby the vocabulary tested from the textbook that has been studied in the level one. Nearly 60% of the respondents failed to get through the grammar assessment test.

Published
2019-09-12
Section
Articles