CERITA ADAM: ANALISIS DARIPADA PERSPEKTIF STILISTIK

THE STORY OF ADAM: A PERSPECTIVE BASED ON STYLISTIC ANALYSIS

  • Faezah Muhayat Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia Serdang, Selangor, Malaysia.
  • Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia Serdang, Selangor, Malaysia.
Keywords: Novel, Remaja, Bahasa, Stilistik, Teen, Language, Stylistic

Abstract

Novel Cerita Adam merupakan novel yang telah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) pada tahun 2004/2005 Kategori Novel Remaja, iaitu pengiktirafan yang bertaraf kebangsaan terhadap para penulis yang menghasilkan karya sastera yang bermutu. Novel ini mendapat pelbagai pujian dan komen yang muluk-muluk daripada pembaca dan peneliti sastera. Justeru, dalam makalah ini pengkaji akan meneliti dan menganalisis novel ini dari aspek stilistik. Tujuan kajian adalah untuk meneliti aspek bahasa yang digunakan oleh pengarang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa novel tersebut mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Namun pada keseluruhannya, novel ini mempunyai kekuatan yang tersendiri dan boleh dijadikan bahan bacaan masyarakat, khususnya golongan remaja. Bahasa yang digunakan dalam novel ini mudah dan menarik, digabungkan dengan teknik penceritaan yang sesuai. Hal ini memudahkan golongan remaja memahami mesej yang hendak disampaikan oleh pengarang. Penggunaan gaya bahasa, teknik penceritaan dan diksi yang sesuai sangat membantu pembaca memahami pemikiran yang cuba diutarakan oleh pengarang. 

 

The story of Adam's novel is a novel that has won the Malaysian Prime Gift Literature (HSPM) in the year 2004/2005, namely teenage novel category recognizing the national standard against writers who produce works of literary quality. This novel received various compliments and comments grandiose than literary readers and researchers. Precisely, in this paper reviewer will examine and analyze the stylistic aspects of this novel. The purpose of the study was to examine aspects of the language used by the author. Adaptive study demonstrated that the novel has its own advantages and disadvantages. But on the whole, this novel has its own strength and may be used as reading material people, especially adolescent groups. The language used in this novel is easy and exciting, coupled with appropriate storytelling techniques. This makes it easier to understand message teen group that would be submitted by the author. The use of style, storytelling techniques and diction appropriate help readers understand the thinking that expressed by the author. 

How to Cite
Muhayat, F., & Nik Muhamad Affendi, N. R. (1). CERITA ADAM: ANALISIS DARIPADA PERSPEKTIF STILISTIK . RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 2(1), 140 - 162. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/91