IMEJ ARKETAIPAL RAJA DALAM PEMIKIRAN KOSMOLOGI DAN IDEOLOGI HINDU-BUDDHA

RAJAS ARKETAYPAL IMAGE IN COSMOLOGY AND IDEOLOGY OF HINDU-BUDDHA THOUGHT

  • Chemaline Osup Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiit Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia.
Keywords: Arketaipal, Alam raya, Devaraja, Kesakten, Kultus

Abstract

Makalah ini membincangkan dan menganalisis secara historikal tentang gambaran imeg arketaipal raja sepertimana ia dimanifestasikan dalam pemikiran kosmologi dan ideologi politik Hindu-Buddha. Sistem kepercayaan dan metafisikal Hindu-Buddha perlu difahami untuk melihat bagaimana ia mempengaruhi persepsi orang-orang Melayu terhadap raja mereka pada zaman tradisional. Imeg arketaipal raja berkait rapat dengan ide-ide dan kepercayaan tentang raja, peribadi, sifatnya dan gambarannya dalam teks annal Melayu seperti Tuhfat Al-Nafis dan Sejarah Melayu yang mengambarkan bahawa raja Melayu ada kaitan dengan unsurunsur kedewaan. Oleh itu, ide dan kepercayaan tentang raja dalam teks-teks annal dihubungkan dengan kepercayaan HinduBuddha yang terangkum dalam sistem kepercayaan Hindu tentang kosmos. Dalam prinsip kosmo-magis HinduBuddha, raja dianggap sebagai avatar atau penjelmaan dewa dan dilihat sebagai tonggak kepada seluruh ketertiban alam, justeru seorang raja sering diasosiasikan dengan pasak alam atau tiang kosmos dan peranan keupacaraan. Kosmos ialah alam semesta (bumi) yang tersusun binaannya dengan kekuasaan dewa dan tenaga ghaib. Sebagai tiang kosmos, raja mempunyai peribadi yang unggul kerana baginda merupakan titisan kedewaan dari kayangan. Ia mempunyai kesaktian yang membolehkan daulat yang melahirkan kuasa mistikal kepada alam semesta. Kuasa daulat ini terpancar ke seluruh negeri. Raja dianggap sebagai perantaraan di antara manusia di bumi ini dengan para dewa di kayangan. Justeru, raja mempunyai kehebatan dan kekeramatan serta karisma dan kebolehan dalam hal-hal yang supernatural, ala magis dan tidak boleh diderhakai. 

 

This article discusses and analyses historically about the archetyapal image of king as manifested in the cosmology and political ideology of the Hindu-Buddha. The belief system and metaphysical of the Hindu-Buddha needs to wellunderstood in order to see how it influences the perception of the Malays towards their king in the tradistional past. The archetypal imge of a king is closely related to the ideas and belief about his personality, nature and how he is manifested in annal texts such as Tuhfat Al-Nafis and Sejarah Melayu which depicts how Malay kings related to the divine elements. As such, the ideas and traditional belief about kings in the annal texts are related to the Hindu-Buddha belief system which is manifested Hindu belief in cosmos. According to the Hindu-Buddha cosmo-magical principle of belif, the king is considered as an avatar or the incarnation of deities and seen as the pillar to universal order, thus a king is often associated the cosmic pillar and ceremonial role. Cosmos the created orderly by the power of deities and mystical aura. As cosmic pillar to the universe, the king possesses excellent personal qualities and traits be he is the incarnation of deities from the abode of gods. He receives deitical powers which enable his mystical aura to produce supernatural and magical capabilities for the universe. This nystical aura and power encompasses the whole political entity under his reign. The king is thus considered as an intermediary or link between mankind on this earth and the gods of the upperworld. Therefore, the king possesses all the greatness and mystical excellence plus the charisma and abilities to perform supernatural and magical tasks for which reason he must not be betrayed or treasoned. 

How to Cite
Osup, C. (1). IMEJ ARKETAIPAL RAJA DALAM PEMIKIRAN KOSMOLOGI DAN IDEOLOGI HINDU-BUDDHA . RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 2(1), 163 - 179. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/92