PENDEKATAN INTERAKTIF DALAM PROSES PENGAJARAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH
INTERACTIVE APPROACH IN TEACHING OF MALAY LANGUAGE AT SCHOOL
Abstract
Makalah ini membincangkan isu yang berkaitan proses pengajaran bahasa Melayu ke arah pendekatan yang berinteraktif dan penggunaan teknologi yang boleh membantu murid mencapai tahap keupayaan bahasa yang baik apabila mereka tamat sekolah. Makalah ini bertujuan memberikan panduan yang umum kepada bakal pendidik atau pendidik yang sedang menjalankan tugas sebagai guru bahasa, khususnya guru mata pelajaran Bahasa Melayu tentang konsep pendekatan interaktif yang boleh digunakan bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan berfikir murid mereka. Pada awal makalah ini, penulis membincangkan pendekatan literasi bahasa Melayu bersepadu dan beberapa prinsip asas dalam pengajaran bahasa yang berteraskan kemahiran berkomunikasi dan berfikir secara kritikal. Pada bahagian seterusnya penulis memperkenalkan pendekatan interaktif yang berasaskan teori komunikasi dan berfikir secara kritikal. Pada bahagian akhirnya penulis membincangkan pelbagai teknik yang boleh digunakan bagi menjalankan pengajaran berasaskan pendekatan ini.
This paper discusses issues related to the process of teaching the Malay language for a more interactive and technologydriven approach in order to help students achieve better acquisition and use of language once they finish schooling. This paper serves as a general guidance for trainee teachers or teachers teaching language, especially the Malay language. It offers a guideline in using an interactive approach to increase their students’ communication and thinking skills. At the beginning part of this paper, the writer discusses the holistic Malay language literary approach and a few major principles in the teaching of language founded on communication and critical thinking skills. Next, the writer introduces the interactive approach based on communication and critical thinking theory. Finally, the writer discusses various techniques that are applicable for teaching using the approach mentioned.