MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU MELALUI KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
STRENGHTENING THE MALAY LANGUAGE TROUGH ADDED VALUE SKILLS
Abstract
Makalah ini bertujuan membincangkan usaha-usaha memperkasakan bahasa Melayu melalui Kemahiran Bernilai Tambah. Pemerkasaan bahasa Melayu merupakan peningkatan usaha bagi pemahaman dan penghayatan masyarakat terhadap Dasar Bahasa Negara dan pelaksanaan dasar bahasa tersebut Di samping kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis yang ditegaskan dalam sukatan pelajaran sekolah, kemahiran bernilai tambah yang diperkenalkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum di Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadi teras utama ke arah memperkasakan bahasa Melayu. Kemahiran bernilai tambah merupakan kemahiran yang telah lama wujud dalam sistem pendidikan kita yang dahulunya telah dipelajari secara formal dan tidak formal. Antara kemahiran nilai tambah ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai serta pembelajaran konstruktivisme, dan pembelajaran kontekstual. Kemahiran ini memberi penekanan terhadap pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Seterusnya dapat memperkasakan bahasa Melayu kerana pelajar dan pengguna bahasa Melayu menggunakan bahasa Melayu dengan baik dalam pelbagai aspek kehidupan dan mereka tentunya dapat meletakkan diri mereka setara dengan masyarakat lain di dunia secara global.
This paper will discuss efforts to strengthen the Malay language through Added Value Skills. The strengthening of the Malay language is to buttress society’s understanding of the National Language Policy and its implementation. Besides the listening, speaking, reading and writing skills that are emphasised in the school syllabus, the added value skills that are introduced by the Curriculum Development Department of the Education Ministry have become the main thrust towards strengthening the Malay language. The Added Value Skills are not new in our education system, as they have been incorporated either formally and informally. The skills stress the classroom experience in relation to the real student’s world and the global world scenario. In tandem with that, the Malay language curriculum has integrated other skills to fulfil current teaching and learning needs. The Value Added Skills referred to are thinking skills, ICT skils, learning how to learn skills, analysis of the future skills, multiple intelligence and constructivist learning and conceptual learning. If students are able to acquire these skills they are also able to strengthen the use of the Malay language in various aspects of life and, therefore, put them at par with other peoples in the global world.