Pengurusan Perancangan Keusahawanan Dalam Novel Ranjau Sepanjang Jalan Karya Shahnon Ahmad
The Planning of Entrepreneurship Management in the novel of Ranjau Sepanjang Jalan by Shahnon Ahmad
Abstract
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaplikasian perancangan keusahawanan di dalam novel pilihan karya Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad iaitu Ranjau Sepanjang Jalan. Kajian ini adalah merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis teks. Prinsip pertama di dalam aspek pengurusan iaitu prinsip perancangan telah diaplikasikan sepenuhnya dalam melihat sudut pengurusan keusahwanan yang terdapat di dalam karya tersebut. Aspek-aspek perancangan yang bersesuaian bagi kajian teks sastera telah dijadikan panduan dalam mengenal pasti penerapan pengurusan dalam plot penceritaan. Hasil dapatan yang diperolehi mendapati bahawa prinsip pertama di dalam pengurusan, iaitu prinsip perancangan telah diaplikasikan di dalam novel pilihan sebermulanya alur penceritaan yang dibina oleh pengarang. Perancangan jangka masa panjang dan perancangan jangka masa pendek memainkan peranan yang dominan bagi watak-watak janaan pengarang bagi menghadapi polemik dalam kehidupan mereka. Kesimpulannya, perancangan adalah merupakan langkah pertama dan asas terpenting dalam menguruskan setiap permasalahan atau isu dalam kehidupan sama ada di dalam karya ataupun dunia realiti. Perancangan juga dilihat sebagai langkah pertama yang akan membawa gerak kerja dan tindakan yang mampu mempengaruhi alur penceritaan yang ingin dihasilkan oleh seseorang pengarang kerana dilihat mampu mengangkat tema, persoalan, nilai dan pengajaran yang terdapat di dalam sesebuah karya. Kajian ini diharapkan mampu membuka mata akan kepentingan elemen pengurusan sebagai metod baharu dalam meneliti karya-karya sastera dan menjadi ruang lingkup baharu oleh para sarjana dalam dunia kritikan sastera tanah air.
References
A. Halim Ali (2018) Inti Sari Teori Sastera: Barat dan Malaysia. Shah Alam: NHA Excell Resources.
A. Halim Ali (2019) Pengetahuan Asas Penyelidikan Dalam Kesusasteraan Melayu. Klang: MZ Edu Publications.
Aizzat Mohd Nasurdin, Intan Osman dan Zainal Ariffin Ahmad. (2006). Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Anwar Ridhwan. (2021). `Shahnon Ahmad: Dari Naratif Daerah Ke Wadah dan Wajah Kebijaksanaan: Shahnon Ahmad`, Dicapai dari Jurnal PENDETA, 12(1), 13–21. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.1.fa.2.2021 pada 2 Spetember 2023.
Certo, S.C. (1997). Modern Management. 7th ed. New Jersey: Prentice-Halll, Inc.
Daft, R.L. (1997). Management. 4th Ed. Orlando: The Dryden Press.
Harry Avelling, (2023). Shahnon Ahmad: Malay Author. Monash University, Australia. Dicapai dari https://web.archive.org/web/20180518103937id_/http://www.myjurnal.my/ filebank/published_article/22904/039_057.PDF pada 2 September 2023.
Shahnon Ahmad (1978). Seluang Menodak Baung. Petaling Jaya: HEINEMANN Books (Asia) Limited.
Shahnon Ahmad. (2016). Srengenge. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Shahnon Ahmad. (1971). Ranjau Sepanjang Jalan. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu Berhad.
Shahnon Ahmad. (1991). Sastera sebagai seismograf kehidupan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Sukatan Pelajaran STPM Baharu 922 (2018) Kesusasteraan Melayu Komunikatif. Dicapai pada 8 November 2018 http://portal.mpm.edu.my/web/guest/sukatan-pelajaranstpm-modular.
Talib Samat. (2010). Naratologi Shahnon Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamad Zubir Ismail & Mohamad Mokhtar Hassan. (2017). Prinsip Perancangan Dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Dlm Journal of Business and Social Development, Volume 5 Number 1, March 2017: 123-139.
Mohamad Zubir Ismail, Sara Beden & Mohamad Mokhtar Hassan. (2015). Hikayat Awang Sulung Merah Muda Dari Perspektif Pendekatan Pengurusan. Dlm Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 26, 2015, hlm 95-116.
Mohd Yusof Hasan (1995). Koleksi terpilih Shahnon Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Robbins, Stephen P. & Coutler, Mary. (2005). Management. 8th Ed. New Jersey: Pearson Education, Inc.
Copyright (c) 2025 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.









