Corak Pengurusan Organisasi Dalam Novel Anugerah Karya Zaharah Nawawi

The Pattern of Organizational Management in Zaharah Nawawi's Novel Anugerah

  • Mohd Murad Mahyudin Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Azhar Wahid Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Keywords: Novel, Corak, Pengurusan Organisasi, Teori Henry Fayol, Pentadbiran

Abstract

Novel merupakan hasil karya sastera kreatif yang terlahir daripada idea, pemerhatian, serta penaksiran penulis terhadap realiti kehidupan masyarakat. Ia mengandungi jalan penceritaan yang mencerminkan pelbagai aspek, termasuk kebudayaan, adat, nilai, sistem sosial, falsafah, dan kritikan sosial, sekali gus berfungsi sebagai medium didaktik kepada khalayak pembaca. Berdasarkan sorotan kajian terdahulu, didapati bahawa aspek corak pengurusan organisasi dalam novel Anugerah karya Zaharah Nawawi masih belum dikaji secara mendalam. Kajian-kajian sebelum ini lebih menumpukan kepada nilai Islam, keindahan, dan kemasyarakatan melalui pemikiran penulis, selain aspek perundangan serta nilai kemanusiaan. Namun, kajian ini memberi fokus yang lebih khusus kepada corak pengurusan organisasi, sekali gus mengisi kelompangan yang wujud dalam kajian sastera sebelumnya. Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis corak pengurusan organisasi dalam novel Anugerah karya Zaharah Nawawi. Novel ini, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1996, dijadikan bahan utama dalam analisis data. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah kepustakaan dan kajian teks sebagai metodologi utama. Selain itu, Teori Pengurusan Henry Fayol (1916) diaplikasikan sebagai asas deduktif dalam membina analisis yang relevan. Hasil kajian membuktikan bahawa corak pengurusan organisasi dalam novel ini disusun secara sistematik, mudah difahami, serta mengarah kepada nilai-nilai positif dalam urusan pentadbiran. Hal ini menonjolkan kepentingan elemen pengurusan dalam karya sastera sebagai cerminan realiti sosial.

References

A.Halim Ali (2018) Inti Sari Teori Sastera: Barat dan Malaysia. Shah Alam: NHA Excell Resources.

A.Halim Ali (2019) Pengetahuan Asas Penyelidikan Dalam Kesusasteraan Melayu. Klang: MZ Edu Publications.

Aboebakar Atjeh. (1988). Akhlak dalam Islam. Edisi Ketiga. Kota Bharu: Pustaka Alam.

Elvin Marselina & Ridho Rokamah. (2022). Manajemen Produksi Home Industry Keripik Galih Kurnia Usaha Desa Bubakan Kecamatan Tulaka Kabupaten Pacitan. Journal of Economics and Business Research. Vol. 2 No. 1, Januari-Juni 2022:105-120.

Haji Arifin, N. Hazwany. and Noor Muhammad, S. J. (2019) “Pemikiran dalam Novel Siber Kasih Darmia dari Aspek Teori Estetika Bersepadu”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(4), pp. 46.

Hashim Awang. (2002). Teori Pengkaedahan Melayu dan Prinsip Penerapannya. Kertas kerjayang dibentangkan dalam Bengkel Kajian Teori Sastera Melayu anjuran Bahagian Teori dan Kritikan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka di Riviera Bay Resort, Melaka.

Hashim Hj. Musa. (2010). Pemerkasaan dan Integrasi Masyarakat Malaysia melalui Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Antarabangsa Psikolingusitik II: Bahasa Pemikiran dan Integrasi. Serdang: Universiti Putra Malaysia. hlm. 268-278.

Hassan, N. A., Buhari, N. and Abd Aziz, N. N. (2022) “Warisan Budaya Melayu Dalam Novel ‘Kasyaf Ain’”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(1), pp. 145 - 160.

Jumali Selamat. (2001). Nilai-Nilai dalam Pantun Melayu. Tesis Ijazah Sarjana Muda. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Selangor.

Kamus Dewan. (2016). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Koontz, H., & Weihrich, H. (2010). Essentials of Management an International Perspective. New Delhi: Tata Publisher.

Mohd Khalidi, S. Norashikin. & Yaakob, N. A. . (2018). Bahasa Figuratif sebagai Wahana Penjelasan Unsur Emotif: Figurative Language as a Reflection of Emotive Elements. Journal of Management and Muamalah , 8(1), 1- 16.

Mohd Firdaus Che Yaacob. (2018). Nilai-Nilai Murni dalam Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Penelitian Pengkaedahan Melayu. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. Universiti Malaysia Kelantan.

Mohamad Rosmizi, M., Ghazali, D., & Phaosan. (2020). Keunggulan Kepengarangan Novel-Novel Terpilih Anwar Ridhwan. Journal of Malay Language, Education and Literature. PENDETA, 11 (1), 68-87.

Muhammad Arief Budiman. (2011). Motif-Motif Pada Tokoh Utama Dalam Novel Loaded Karya Christos Tsiolkas. Jurnal Lensa. 1 (2), 165-184.

Muhammad Izzat, F. (2021). Kedinamikan Citra Masyarakat Dalam Novel- Novel Remaja Terpilih: Satu Penelitian Pendekatan Kemasyarakatan. Tesis Ijazah Sarjana Muda, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Kelantan.

Norita Ariffin. (2006). Nilai-Nilai Budi Masyarakat Melayu dalam Pantun. Tesis Sarjana Sastera, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Selangor.

Nur Elisa Natasha Sukhairy (2022) Penyesuai gunaan Semula Bangunan Rumah Kedai Lama di Jalan Mendaling Kajang, Selangor. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Nadia, I., & Kamariah, K. (2019). Pendidikan Anak-Anak Menerusi Surah Luqman Dalam Novel Ayahanda. Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. 30, 103- 129.

Ramli, F. N. A., & Wahid, A. (2019). Pengurusan identiti bangsa dalam trilogi karya Hamka: Suatu pengenalan. Jurnal Peradaban Melayu, 14, 35– 48.

Ramli, F. N. A., Wahid, A., & Ali, A. H. (2021). Pengurusan Identiti Bangsa Dalam Trilogi Karya Hamka. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 9(1), 33 - 48. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/141

Ramli Isin. (2003). Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden : Cerpen. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti, F. S. (2020). Analisis Semantik Leksikal Dalam Novel Sangkar Karya Samsiah Mohd.Nor. Fakulti Bahasa Dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak. Asian People Journal 3 (1), 45.

Sara, B. N. (2021). Penenun Cinta: Analisis Sisi Pengkaedahan Melayu. Prosiding Kolokium Bahasa, Sastera Dan Budaya Melayu. Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.

Shahnon Ahmad 1991. Sastera Sebagai Seismograf Kehidupan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Nur Anis Muhammad Apandi, Nordiana Ab Jabar, Sudirman Kiffli, Farrah Atikah Saari, Suraya Sukri & Ainul Wahida Radzuan. (2021). Nilai Kemanusiaan Dalam Novel Atas Lantai Takdir Karya Fida Rohani. International Symposium On Cultural Heritage (ISyCH) 2021.

Tajul Ariffin Noordin & Nor’Aini Dan. (1992). Pendidikan Dan Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Bhd.

Tengku, I. M. (2021). Novel-Novel Terpilih Azmah Nordin Dari Perspektif Wanita Dalam Ekonomi. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu. 9 (2), 24- 34.

Zaharah Nawawi, (1995) Anugerah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Published
2025-06-17
How to Cite
Mahyudin, M. M., & Wahid, A. (2025). Corak Pengurusan Organisasi Dalam Novel Anugerah Karya Zaharah Nawawi . RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 13(1), 18 - 32. Retrieved from https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/196

Most read articles by the same author(s)