Novel-Novel Terpilih Azmah Nordin Dari Perspektif Wanita Dalam Ekonomi
Selected Novels by Azmah Nordin from the Women's Perspective In Economy
Abstract
Ekonomi dalam novel Malaysia selepas merdeka ada diketengahkan dalam novel-novel Melayu. Dalam novel-novel ini, diperlihatkan bahawa wanita turut memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi negara. Dalam hal ini, penulis Azmah Nordin banyak mengangkat wanita dan mengenengahkannya dalam hasil karyanya. Tiga buah novel karya Azmah Nordin dipilih untuk dianalisis dari perspektif wanita dalam ekonomi dalam kajian ini. Tiga novel tersebut ialah Menongkah Lumrah (1996), Singgahmata (1997) dan Syumul (1999). Novel-novel ini dipilih kerana memaparkan kegiatan ekonomi dan didapati juga dalam kegiatan ekonomi tersebut, wanita memainkan peranan penting. Wanita dilihat memainkan penting dalam perusahaan teknologi maklumat dan perusahaan makanan restoran. Kajian ini turut menggunakan konsep ekonomi dengan merujuk kepada Normaz Wana Ismail (2009), A.C Pigou (1981), dan Alfred Marshall (1981). Dapatan kajian menunjukkan bahawa wanita juga memainkan peranan penting dalam ekonomi. Wanita turut mengembleng tenaga bersama-sama lelaki dalam memajukan sektor ekonomi.
References
Abu, A. G. (2014). Ciri-Ciri Usahawan Dan Korporat Melayu Terpuji Di Dalam Rimba Harapan Dan Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 2(1), 229 - 237. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/95
Asmiaty Amat. (2018). Menyingkap Gejolak Rasa dan Citra Azmah Nordin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/workflow/index/148/4#
Azmah Nordin. (1996). Menongkah Lumrah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azmah Nordin. (1997). Singgahmata. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Azmah Nordin. (1999). Syumul. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Che Abdullah Che Ya. (2018), “Manifestasi Kehidupan Masyarakat Melayu dalam Bedar Sukma Bisu daripada Perspektif Pengkaedahan Melayu”. Jurnal Melayu, Bil. 17(2): 328-342.
Hanson, J.L. (1981). Ekonomi – Asas dan Prinsip. Kuala Lumpur: Penerbit Longman Sdn. Bhd.
Iqbal Hidayat Hamizul. (2021). Aura Wanita Azmah Nordin Hidup Sepanjang Zaman. Dlm. Dewan Sastera, Julai. Retrieved on 4 August 2021 from https://dewansastera.jendeladbp.my/2021/07/22/aura-watak-wanita-azmah-nordin-hidup-sepanjang-zaman/.
Mawar Safei. (1998). Azmah Meneroka Gaya Baru. Retrieved on 30 January 2019 from http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=1028&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya%5FHidup&pg=ls_03.htm.
Mawar Safei. (2015). Konflik komunikasi dari “Bercak” ke Menongkah Lumrah karya Azmah Nordin. Jurnal Komunikasi; Malaysian Journal of Communication, 31 (2). pp. 169-182.
Norhayati Ab. Rahman. (2006). Pemerkasaan Wanita dan Novel Malaysia dan Indonesia: Antara Tradisi dan Modeniti. Dlm. Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu 2006 di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Normaz Wana Ismail. (2009). Pengenalan Kepada Ekonomi. Shah Alam: Syarikat Pendidikan Sdn. Bhd.
Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia. (2018). Retrieved on 30 January 2019 from http://www.arkib.gov.my /web/guest/perkembangan-telekomunikasi-negara.
Rithauddin. (2017). Potensi Perniagaan Francais, Retrieved on 28 January 2019 from http://www.mfa.org.my/ newmfa/potensi-perniagaan-francais/.
Tengku Mohd Ali, T. I. M. (2013). Ikon Wanita Melayu-Islam Dalam Novel Tunggu Teduh Dulu. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 1(1), 169 - 183. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/ article/view/103
Tengku Mohd Ali, T. I. M. (2015). Kumpulan Cerpen Pascasejarah Melalui Bacaan Semiotik. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 3(1), 47 - 74. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/ jurnal/index.php/ rumpun/ article/view/74
Copyright (c) 2021 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.