Kesan Pendekatan Model Stad Terhadap Pencapaian Karangan Bahasa Melayu Murid Sekolah Menengah Berketurunan Cina Di Malaysia
The Effect Of The Stad Model Approach On The Malay Language Essay Performance Among Secondary School Students Of Chinese Descent
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesan pelaksanaan pendekatan pembelajaran koperatif model STAD dalam usaha untuk membantu murid meningkatkan peningkatan pencapaian dalam penulisan karangan Bahasa melayu Peringkat sekolah menengah. Kaedah eksperimen kuasi digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 56 orang murid Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah kebangsaan (Cina) di Kuala Lipis, Pahang, Malaysia. Kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen berbentuk praujian dan pascaujian serta soal selidik bagi menganalisis dan menginterpretasi data yang diperoleh. Sampel kajian dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kumpulan kawalan terdiri daripada 29 orang murid, manakala kumpulan rawatan terdiri daripada 27 orang murid. Kumpulan kawalan mengikuti pembelajaran konvensional, manakala kumpulan rawatan pula mengikuti pembelajaran secara koperatif model STAD. Untuk mengkaji sama ada terdapat perbezaan min yang signifikan antara skor dalam praujian dan pascaujian penulisan karangan murid, ujian t digunakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa skor min bagi kedua-dua ujian dalam kumpulan kawalan tidak mempunyai perbezaan yang signifikan. Dapatan kajian juga mendapati terdapat perbezaan min yang signifikan antara skor dalam praujian dan pascaujian bagi kumpulan rawatan. Dapatan kajian turut mendapati terdapat perbezaan min yang signifikan antara skor dalam pascaujian bagi kumpulan kawalan dan rawatan. Hasil soal selidik mendapati semua sampel menyatakan bahawa pendekatan koperatif model STAD dapat memupuk nilai murni dalam kalangan murid dan memberikan kesan positif kepada murid bagi meningkatkan pencapaian dalam penulisan karangan. Dapatan ini menunjukkan bahawa pendekatan pembelajaran koperatif model STAD dapat meningkatkan skor min karangan murid secara signifikan berbanding dengan kaedah pembelajaran tradisional. Kesimpulannya, kajian ini dapat membuktikan bahawa pendekatan koperatif model STAD adalah berupaya meningkatkan kualiti karangan murid.
References
Aman Shah Syed Ali, Zamri Mahamod, & Mohammed Azlan Mis. (2021). Masalah penulisan karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan penutur natif di sekolah rendah. Kertas Kerja yang Dibentangkan dalam Konvensyen Bahasa Melayu 2021 Anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.
Annisa Rahmatika (2017). The Effectiveness of Student Teams Achievement Division to teach writing viewed from students' creativity. International Journal of Language Education, 3(1), 46-54.
Asma Khan (2015). Learning by collaboration: The impact of cooperative learning on students’ essay writing skills at graduation level in Pakistan. International Journal of Arts and Sciences,8(7), 473-478.
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerrian Pendidikan Malaysia (2016). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (KSSR).
Hasnah Mohamed (2016). Meningkatkan kemahiran menulis karangan melalui penggunaan track changes. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 13, 135-159.
Istiqamah (2019). Pembelajaran menulis karangan deskripsi dengan model istiqamah kooperatif tipe stad terhadap siswa kelas x man 3 aceh utara. Jurnal Ilmiah Didaktika Februari, 19(2), 216-235.
Kusom Yamirudeng & Zulkifli Osman (2018). Pembangunan modul pengajaran dan pembelajaran kursus Bahasa Melayu Elektif berdasarkan pendekatan pengajaran secara kontekstual. Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (Rumpun), 6, 74-117.
Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999) Penyelidikan pendidikan. Skudai: Penerbit UTM.
Nisa, B., & Sari, S. W. (2019). The effectiveness of student teams-achievement divisions in enhancing visual and auditory for English students’ writing skill. Lingua Cultura, 13(2), 121-126.https://doi.org/10.21512/lc.v13i2.533
Nor Hadibah Hushaini, Zulkifli Osman, Anida Sarudin, Husna Faredza Mohamed Redzwan & Dyah Werdiningsih (2020). Hubungan antara lokasi sekolah rendah dan pengalaman mengajar guru Bahasa Melayu sekolah rendah dengan amalan pengajar mereka. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10(2), 1-14
Nora Pertiwi (2019). Kemampuan menulis karangan argumentasi dengan menggunakan metode students team achievement division (stad) siswa SMK Nurul Iman Palembang. Tesis yang tidak diterbitkan, Universitas Muhammadiyah Palembang.
Nora’Azian Nahar (2020). Penguasaan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan penutur natif di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Issues in Language Studies, l9(1), 107-123.
Norliza Abdullah, Zulkifli Osman & Abdul Munir (2021). Kesan penggunaan peta pemikiran terhadap pengajaran penulisan karangan murid tahun lima [the effect of using thinking maps on the teaching of essay writing among year five students]. Jurnal MANU, 32(1), 1-17.
Nurul Aisyah Abdullah, Zamri Mahamod & Nor Azwa Hanum Nor Shaid (2016). Faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu murid sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 1-9.
Osman, Z., Sarudin, A., Abdul, A. H., & Ayob, R. (2019). Teachers’ Understanding and the Level of Implementation of Authentic Elements in the Teaching of Malay Language Writing and Their Relationships with School Type, Teachers’ Experience, and Specialization. International Journal Academic Research Business and Social Sciences, 9(1), 1245–1256.
Ramadi & Farida Rahmawati (2018). Meningkatkan keterampilan menulis karangan narasi melalui kombinasi Model Student Teams Achievement Division, Teams Games Tournamen dan Picture and Picture Pada Siswa Kelas 3 SDN Sungai Seluang Pasar Kabupaten Barito Kuala, Jurnal Penelitian Tindakan dan Pendidikan, 4(1), 63-68.
Roasharimah Ibrahim & Zamri Mahamod (2017). Faktor dalaman yang mempengaruhi penguasaan bahasa Melayu murid Cina. Seminar Serantau Ke-8, Anjuran Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Universitas Riau. 7 September 2017.
Roselan Baki (2003). Kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publications.
Rozita Radhiah Said, Latifah Mohd Shariff & Fadzilah Abd Rahman (2017). Pembelajaran koperatif dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu menengah atas. International Journal of Education and Training (InjET). 3(2), 1- 12.
Salina Misri (2014). Keberkesanan kaedah koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran karangan Bahasa Melayu Tingkatan Empat. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Putra Malaysia.
Sidek Mohd Noah. (2002). Reka bentuk penyelidikan: Falsafah, teori dan praktis. Serdang: Penerbit UPM.
Slavin, R. E (1999) Comprehensive approaches to cooperative learning, Theory Into Practice, 38(2), 74-79, DOI: 10.1080/00405849909543835
Supantini, N. M., Budi Utama, I. D. G., & Astika, I. M. (2017). Peningkatan keterampilan menulis karangan deskripsi dengan menggunakan model pembelajaran kooperatif tipe stad pada siswa kelas x SMA Negeri Satu Atap Tejakula Tahun Pelajaran. E-Journal Jurusan Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia, 7(2), 1-12.
Wong Lee Leng (2014). Kesan pembelajaran koperatif (Students Team Achievement Division-Stad) terhadap pembelajaran Matematik dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Zamri Mahamod, Rohaida Mazalan, Norziah Amin, & Mohd Zaki Abd. Rahman. (2021). Tahap Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Murid-Murid B40 dalam Pembelajaran Bahasa Melayu.PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(1), 40-62. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.1.4.2021
Copyright (c) 2022 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.