Naratif Budaya Minangkabau Dalam Novel Merantau Ke Deli: Analisis Melalui Perspektif Pengurusan Sastera
Minangkabau Cultural Narrative in the Novel Merantau ke Deli: An Analysis through the Perspective of Literary Management
Abstract
Hamka adalah salah seorang penulis yang banyak mengangkat budaya Minangkabau dalam naratif karya yang dihasilkan. Secara tidak langsung menonjolkan keunikan budaya Minangkabau. Fokus penulisan makalah ini adalah untuk merungkai bagaimana prinsip-prinsip pengurusan moden yang digariskan oleh Henry Fayol diaplikasikan dalam konteks budaya dan identiti bangsa Melayu Minangkabau yang digambarkan melalui watak, konflik, dan struktur sosial dalam teks. Kajian ini berasaskan pendekatan kualitatif melalui analisis kepustakaan dan teks dengan menelusuri tiga novel Hamka iaitu Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Merantau Ke Deli dan Di Bawah Lindungan Ka‘bah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa lima daripada empat belas prinsip pengurusan Fayol autoriti, kesatuan arahan, keutamaan kepentingan organisasi, rantaian skala dan semangat kekitaan memainkan peranan penting dalam memperkukuh elemen budaya yang membentuk identiti bangsa Melayu Minangkabau. Prinsip-prinsip ini jelas terserlah dalam sistem kekerabatan matrilineal, struktur kepimpinan keluarga serta nilai kolektif yang menekankan kepentingan suku berbanding individu. Analisis turut memperlihatkan bagaimana pengurusan budaya melalui naratif sastera bukan sahaja berfungsi sebagai medium pengukuhan identiti bangsa tetapi juga sebagai wahana pendidikan insaniah yang menyumbang kepada pembangunan modal insan dan kelestarian masyarakat. Kajian ini menegaskan bahawa pengurusan sastera mampu menjadi pendekatan strategik dalam memahami dan memperkukuh jati diri bangsa khususnya dalam menghadapi cabaran globalisasi yang berpotensi menghakis nilai budaya tempatan.
References
A.Halim Ali (2019) Pengetahuan Asas Penyelidikan Dalam Kesusasteraan Melayu, Klang: MZ Edu. Publications.
Abdul Rahman Embong. (1999). ldentiti dan Pembentukan ldentiti. Jurnal Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Number 5 ISSN 01 26-5008 (3-15).
Aizzat Mohd Nasurdin, Intan Osman dan Zainal Ariffin Ahmad. (2006). Pengantar Pengurusan. Utusan Publications & Distributors.
Ali, A. H., & Mohamad, A. (1). Novel Episod Cinta Di Tanah Hijrah Dalam Bacaan Intertekstualiti. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 3(1), 1 - 33. http://rumpunjurnal. com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/69
Amir M.S. (1999). Adat Minangkabau: Pola Dan Tujuan Hidup Orang Minangkabau. P.T Mutiara Sumber Widya.
Harold Koontz dan Heinza Wiehrich. (1992). Pengurusan (Siri Terjemahan Oleh Mohd Salmi Mohd Sohod dan Siti Nadzrah Sheikh Omar). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hamka. (2015). Di Bawah Lindungan Ka’bah. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Hamka. (2015). Merantau Ke Deli. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Hamka. (2015). Tenggelamnya Van Der Wijck. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Hj. Wahid, A. (2014). Worldview Pengukuhan Membina Jati Diri Bangsa Dalam Novel Di Penghujung Rindu. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 2(1), 68 - 83. http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/86
Jaafar Muhamad. (2003). Asas Pengurusan. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Jasril. (2017). Penentangan Laki-Laki Minangkabau Terhadap Budaya Minangkabau Dalam Novel Hamka. Dlm Genta Bahtera Volume 3, Nomor 1, Juni.
Kamus Dewan. (1994). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Hizam Hahafiah dan Zafir Mohd Makhbul. (2003). Pengurusan Organisasi. Edisi Kedua. Mc Graw Hill Sdn Bhd.
Nurul Izzah Sidek. 2011. Remaja Dan Krisis Identiti. Utusan Malaysia Online. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_05.htm#ixzz4XZy24CyZ © Utusan Melayu (M) Bhd.
Paul Morris. (2005). Religion And Identity: The New Zealand Spirit. Dlm Asmah Haji Omar dan Paul Morris. (2005). Religion and Identity, hlm. 1-19. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Ramli, F. N. A., Wahid, A., & Ali, A. H. (2021). Pengurusan Identiti Bangsa Dalam Trilogi Karya Hamka. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 9(1), 33 - 48. http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/141
Rancangan Malaysia Ke Sebelas, 2016-2020: Bab 5 Meningkatkan Pembangunan Modal Insan Untuk Negara Maju. http://epu.gov.my/ms/rmk/rancangan-malaysia-kesebelas-2016-2020
Robbins, Stephen P. & Coutler, Mary. (2005). Management. 8th Ed. Pearson Education, Inc.
Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul Hubungan Etnik. Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Siddiq Fadzil. (2012). Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat. Gemilang Press Sdn Bhd.
Soewardi Idris. (2004). Sekitar Adat Minangkabau. Jakarta: Kulik-Kulik Alang Himpunan Eks-Siswa SMP Negeri Solok Pada Masa Revolusi 1945-1949.
Copyright (c) 2025 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.









