Algebra Dan Pengurusan Dalam Kritikan Sastera Melayu

Algebra and Management in Malay Literary Criticism

  • Mohd Taha Abd. Wahab Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris,Malaysia
  • Azhar Wahid Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Rahmanyasin Jaafar Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Keywords: Algebra, Matematik, Pembolehubah, Pengurusan sastera, Semiotik

Abstract

Kritikan sastera Melayu berkembang melalui pelbagai pendekatan yang berusaha menjelaskan hubungan antara teks, pengarang, masyarakat, budaya, pemikiran dan pengalaman manusia. Namun demikian, perkembangan ilmu yang semakin bersifat silang disiplin membuka ruang untuk memperluas kaedah membaca karya sastera dengan menghubungkan ilmu kemanusiaan dengan bidang ilmu yang lazimnya dianggap berada di luar lingkungan kritikan sastera, termasuk matematik. Artikel ini membincangkan gagasan rentas ilmu antara matematik, khususnya algebra, dengan pengurusan sebagai suatu wacana baharu dalam kritikan sastera Melayu. Perbincangan berasaskan premis bahawa algebra bukan semata-mata ilmu berkaitan angka dan pengiraan, sebaliknya merupakan bahasa formal bagi menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah, pola, perubahan, keseimbangan, kekangan dan sistem. Pengurusan pula merupakan bidang yang berurusan dengan perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, penstafan, kawalan, sumber, manusia, masa, keputusan dan pencapaian matlamat. Tambahan lagi ilmu dari teori semiotik juga diaplikasikan dengan tujuan menganalisis watak, perwatakan, plot dan dialog dari karya kajian iaitu novel-novel Sampah, Kemelut dan Tivi. Apabila ketiga-tiga ilmu tersebut direntas dalam analisis sastera, teks dapat dilihat sebagai suatu sistem naratif yang memperlihatkan hubungan antara manusia, sumber, kuasa, teknologi, masa, matlamat dan akibat. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif konseptual melalui analisis kepustakaan dan analisis konseptual terhadap hubungan antara teori semiotik, prinsip pengurusan dan teori matematik-algebra sebagai konsep kritikan sastera. Kerangka Pendekatan Pengurusan Mohamad Mokhtar Abu Hassan yang berasaskan lima prinsip dijadikan asas pengurusan, manakala konsep algebra seperti pemboleh ubah, persamaan, fungsi, keseimbangan dan perubahan digunakan sebagai alat pemodelan hubungan. Dapatan konseptual menunjukkan bahawa algebra boleh berfungsi sebagai bahasa analitik untuk mengenal pasti struktur hubungan pengurusan dalam naratif, sementara pengurusan menyediakan konteks sosial dan fungsional bagi mentafsir hubungan algebra tersebut. Artikel ini berpendapat bahawa rentas ilmu matematik, pengurusan dan teori semiotik berpotensi memperluas epistemologi kritikan sastera Melayu daripada pembacaan yang bersifat interpretatif kepada pembacaan yang turut mengenal pasti struktur hubungan dan sistem yang tersembunyi dalam naratif.

References

Abu Bakar Abdul Hamid. (1997). Diskusi sastera: Kesusasteraan moden. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Amran. (2002, December 28). Pengurusan [Kertas kerja dibentangkan dalam Bengkel Pengurusan]. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Andrew F. Sikula. (1999). Personnel administration and human resources management. John Wiley & Sons.

Azman Che Omar. (2003). Pengurusan di Malaysia dari perspektif Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Barthes, R. (1977). Image, music, text (S. Heath, Trans.). Hill and Wang. (Original work published 1977).

Barthes, R. (1989). The rustle of language. University of California Press.

Beden, S. (2018). Perancangan bestari dalam Hikayat Khoja Maimun: Aplikasi prinsip perancangan dalam pendekatan pengurusan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(2), 1–10. https://jurnalmelayu.my/jurnal/ index.php/JPBM/article/view/839

Berniker, E. (1987, June). Understanding technical systems [Paper presentation]. Symposium on Management Training Programs: Implications of New Technologies, Geneva, Switzerland.

Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi, & Osman Bakar. (1996). Teknologi menurut perspektif Barat dan Islam. Jurnal Usuluddin, 3, 147–155.

Dessler, G. (2004). Management: Principles and practice for tomorrow’s leaders (3rd ed.). Pearson Education.

Fathin Noor Ain Ramli, Azhar Wahid, & Halim Ali, A. (2023). Metode pengurusan sastera. Persatuan Penulis Budiman Malaysia.

Mohamad Zubir Ismail & Mohamad Mokhtar Hassan. (2017). Pendekatan pengurusan: Satu metode dalam dunia kritikan. Jurnal Melayu.

Jaafar Muhamad. (1999). Asas pengurusan. Penerbit Fajar Bakti.

Juhary Hj Ali, & Ishak Ismail. (2004). Prinsip dan amalan pengurusan. Universiti Utara Malaysia Press.

Juraime, F., & Mohd Hamzah, M. I. (2023). Kepimpinan teknologi pengetua dalam pengurusan sekolah. Proceedings of the 3rd Regional Conference on Educational Leadership and Management, 324–334.

Kamarudin Husin, & Siti Hajar Abdul Aziz. (1998). Pengajian Melayu 4: Kesusasteraan dan pengajaran. Kumpulan Budiman.

Koontz, H., & Weihrich, H. (1997). Pengurusan (M. S. Mohd, Trans.). Dewan Bahasa dan Pustaka. (Original work published in English).

Ladjaharun, H., & Musa, K. (2024). Kepimpinan teknologi pengetua guru besar dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 11(4).

Published
2026-11-23
How to Cite
Abd. Wahab, M. T., Wahid, A., & Jaafar, R. (2026). Algebra Dan Pengurusan Dalam Kritikan Sastera Melayu. RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 14(2), 87 - 109. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/222