Impak Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Dalam Kursus Penghayatan Etika Dan Peradaban Terhadap Kompetensi dan Nilai Mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan

The Impact of Experiential-Based Learning on Universiti Malaysia Kelantan Students’ Competencies and Values through the Course of Penghayatan Etika

  • Tuan Rusmawati Raja Hassan USM
  • Zuriati Mohd Rashid Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Kelantan.
  • Siti Fathihah Abd. Latif Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Kelantan.
  • Shahriman Abu Bakar Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Kelantan.
Keywords: Pembelajaran Berasaskan Pengalaman, Teori Pembelajaran Kolb, Kompetensi mahasiswa, Nilai etika, Pendidikan tinggi

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis impak Pembelajaran Berasaskan Pengalaman (PBP) dalam Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (USK10202) terhadap pembentukan kompetensi dan nilai mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Justeru, Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman yang berteraskan Teori Pembelajaran Kolb (1984) dilihat sebagai satu mekanisme penting dalam memperkukuh pembangunan modal insan yang holistik. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan refleksi terbuka (open-ended responses) dengan instrumen soal selidik diedarkan kepada 589 orang mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan yang telah mengikuti aktiviti pembelajaran berasaskan pengalaman sewaktu mengerjakan tugasan berkumpulan iaitu penulisan e-portfolio dan pembikinan video. Mahasiswa didapati menempuh beberapa proses pembelajaran iaitu pengalaman konkrit, pemerhatian reflektif, konseptual abstrak dan eksperimen aktif. Dapatan menunjukkan bahawa 80.6% responden mengakui pengalaman pembelajaran tersebut berjaya mengubah persepsi dan prasangka awal mereka terhadap masyarakat, budaya dan isu sosial, manakala 95.6% menyatakan pengalaman tersebut meningkatkan keyakinan diri untuk menyumbang secara aktif kepada masyarakat. Analisis tema turut menunjukkan bahawa PBP berjaya meningkatkan kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, pengurusan masa, penyelesaian masalah dan kemahiran digital. Dari aspek nilai, mahasiswa menunjukkan peningkatan dalam integriti, empati, tanggungjawab sosial, hormat-menghormati dan kesedaran terhadap kepentingan warisan budaya. Kajian ini membuktikan bahawa PBP merupakan pendekatan pedagogi yang berkesan dalam menghubungkan teori dengan realiti kehidupan serta menyokong pembangunan mahasiswa yang kompeten, beretika dan berdaya saing. Implikasi kajian menunjukkan bahawa pendekatan ini wajar diperkasakan dalam pelaksanaan kurikulum pendidikan tinggi bagi menyokong agenda pembangunan modal insan negara.

References

Abd Kadir, E. (2026). Evaluating the effectiveness of the SULAM program in developing students’ soft skills using structured e-forms. Asian Journal of Assessment in Teaching and Learning, 16(1), 55–69.

Agudelo, J.F. & Vasco, A.M.M. (2019). Project-based learning as a catalyst for students and teacher autonomy development: the experience in a state school in Nilo, Cundinamarca. GIST – Education and Learning Research Journal, 19: 31- 48.

Agudelo, O. L., & Vasco, C. E. (2019). Experiential learning and self-development in higher education. International Journal of Educational Research, 95, 27–36.

Almulla, M.A. (2020). The effectiveness of the project-based learning (PBL) approach as a way to engage students in learning. SAGE Open, 10(3): 1-15.

Alwi, N.M., Isa, K.M., Abidin, N.H.Z., Yussof, S.H. & Bakar, I.S.A. (2020). Graduate employability among low academic achievers. New Educational Review, 62: 46–56.

Darus, F. M. (2023). Pembentukan kemahiran insaniah melalui kursus Service Learning Malaysia University for Society (SULAM) di Universiti Teknologi MARA. Jurnal Pendidikan Malaysia, 48(2), 45–58.

Elfis Suanto, Effandi Zakaria & Siti Mistima Maat. (2019). Impak pendekatan pembelajaran pengalaman terhadap kemahiran berfikir aras tinggi topik bongkah geometri tiga dimensi. Jurnal Pendidikan Malaysia. 44(1): 121-134.

Hoover, J.D. (1974). Experiential learning: Conceptualization and definition. Simulations, games and experiential learning techniques. The Association for Business Simulation and Experiential Learning (ABSEL). 1: 31-35.

Hussain Othman, Berhannudin Mohd Salleh, Syed Muhammad Dawilah al-Edrus & Abdullah Sulaiman. (2018). Pelaksanaan pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman (PBL dan POPBL) bagi meningkatkan kemahiran insaniah pelajar. Dlm. Dora M.T. (Pnyt.) Prosiding Seminar Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial. hlm. 107-118.

Hussain Othman, Mohd Fauzi Kamarudin, & Noor Azlinna Azizan. (2018). Kebolehpasaran graduan dan kompetensi yang diperlukan oleh industri. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43(1), 23–34.

Jamil, N., Laipan, R. A., Nasah, C. R. J., & Abd Rahim, F. (2026). Transformative role of SULAM in advancing sustainability and MADANI values in Malaysian higher education. Discover Education.

Jamil, N., Laipan, R. A., Nasah, C. R. J., & Abd Rahim, F. (2026). Transformative role of SULAM in advancing sustainability and MADANI values in Malaysian higher education. Discover Education, 5(1), 1–15.

Johnson, J.L., Khan, A. & Saeed, K. (2020). Learning styles inventory and experiential learning theories an integrative review of literature. Pakistan Journal of Society, Education and Language. 6(1): 1–12.

Kolb, D. A. (1984). Experiential Learning: Experience as the Source of Learning and Development. New Jersey: Prentice Hall.

Kumar, S. & Bhandarker, A. (2019). Experiential Learning and its Efficacy in Management Education. PURUSHARTHA-A Journal of Management, Ethics and Spirituality.13(1): 35- 55.

Kunasegaran, M., Abdul Wahat, N. W., Md Rami, A. A., & Kunjiapu, S. (2026). Integrating Generative Artificial Intelligence, Experiential Teaching, and Learning in Higher Learning: Performance Management Course. Journal of Public Administration and Governance, 16(1), 42.

Md Fauzi Ahmad & Abdul Talib Bon. (2024). Graduan perlu lebih kompetitif hadapi cabaran alam pekerjaan. https://news. uthm.edu.my/ms/2024/01/ graduan-perlu-lebih kompetitifhadapi-cabaran-alam-pekerjaan/ [20 Mei 2026].

Md Sari, N. A., & Norasikin, S. N. A. (2025). Enhancing Experiential Learning Through Service Learning in Malaysian Higher Education. International Journal of Research and Innovation in Social Science.

Nor Khayati Basir, Mohd Isa Hamzah & Khadijah Abdul Razak. (2017). Sikap dalam pendekatan pembelajaran berasaskan projek terhadap pencapaian pelajar politeknik di Negeri Perak. Tinta Artikulasi Membina Ummah. 3(1): 1–14.

Nur Sheilla Saida Abdullah & Zuber Abd Majid. (2022). Kebolehpasaran Modal Insan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia: Isu dan Strategi. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 7(8): 1-10.

Nur Sheilla Saida Abdullah, & Zuber Abd. Majid. (2022). Modal insan dan kebolehpasaran graduan universiti di Malaysia. Jurnal Pengajian Malaysia, 40(2), 65–82.

Rahim, N. S., & Mohamad, M. M. (2025). Pembelajaran Berasaskan Pengalaman melalui Latihan Industri dalam Bidang Pembinaan. Research and Innovation in Technical and Vocational Education and Training, 5(2), 1–13.

Sh Said, S. A. A., & Mohd Yussof, F. N. (2023). Experiential Learning of Using Digital Tools in Construction Management Education. Online Journal for TVET Practitioners, 8(3), 23–30. https://doi.org/10.30880/ojtp.2023.08.03.003

Wahab, M. Z. H. (2024). Evaluating the impact of Service-Learning Malaysia–University for Society (SULAM) on student learning and community engagement. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 13(2), 102 118.

Wahab, M. Z. H., Che Sobry, S., Mohd Saufi, M. S. A., & Hanafi, A. H. A. (2025). Enhancing experiential learning through Service Learning Malaysia–University for Society (SULAM): Assessing its effectiveness, knowledge transfer and communities satisfaction in achieving quality education. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 10(52), 421–436.

Wifqi Rahmi. (2024). Analytical study of experiential learning: Experiential learning theory in learning activities. EDUKASIA: Jurnal Pendidikan dan Pembelajaran. 5(2): 115-126.

Wetzel, E.M. & Farrow, C.B. (2021). An active learning classroom in construction management education: Student perceptions of engagement and learning. International Journal of Construction Education and Research. 17(4): 299-317.

Published
2026-11-23
How to Cite
Raja Hassan, T. R., Mohd Rashid, Z., Abd. Latif , S. F., & Abu Bakar , S. (2026). Impak Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Dalam Kursus Penghayatan Etika Dan Peradaban Terhadap Kompetensi dan Nilai Mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan. RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 14(2), 64 - 86. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/226