INDIVIDUALISME FAISAL TEHRANI DALAM KEPENGARANGAN BERDASARKAN NOVEL-NOVEL TERPILIH

INDIVIDUALISM OF FAISAL TEHRANI’S AUTHORSHIP BASED ON SELECTED NOVEL

  • Fauzi Hasan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
  • Tengku Intan Marlina Mohd. Ali Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
  • Madiawati Mamat@Mustaffa Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Keywords: Teksdealisme, Individualisme, Subjektiviti, Stail Individu, Reka cipta individu dan tindakan individu, Teksdealism, Individualism, Subjectivity, Individual style, Individual inventor and individual action

Abstract

Faisal Tehrani antara pengarang generasi baharu yang prolifik dan aktif berkarya sehingga kini. Karya-karya yang dihasilkannya menunjukkan kelainan tersendiri dari aspek tekstual dan kontekstual seiring dengan perubahan aliran, tema, persoalan dan pemikiran yang menjadi pegangan dalam menghasilkan karyanya. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis pembinaan jati diri beliau dalam novel-novel terpilihnya. Sepanjang berkarya, beliau menghasilkan novel remaja dan novel dewasa bagi menyampaikan pemikiran, persoalan, permasalahan, mesej dan sebagainya dengan berkesan. Sebanyak lima buah novel akan ditelusuri, iaitu Perempuan Politikus Melayu, 1515, 1511H[Kombat], SsPJ, Tunggu Teduh Dulu dan Bahlut. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif yang melibatkan pembacaan rapi dan pentafsiran sumber bertulis. Bagi menganalisis pembinaan jati diri, Teori Teksdealisme digunakan sebagai landasan kajian. Dalam Teori Teksdealisme telah mengemukakan prinsip individualisme atau keperibadian untuk mengesan keupayaan seseorang pengarang untuk membina jati diri atau keperibadiannya. Bagi mengesan pembinaan individualisme tersebut, prinsip ini telah mengemukakan empat unsur yang diterokai, iaitu subjektiviti, stail individu, reka cipta individu dan tindakan individu. Semua unsur tersebut dianalisis secara tekstual dan konstektual berdasarkan tujuan dan persoalan kajian yang ditetapkan. Kajian mendapati bahawa Faisal Tehrani berusaha untuk membina dan menampilkan jati diri kepengarangannya melalui subjektiviti, stail individu, reka cipta individu dan tindakan individu. Keupayaan membina individualisme ini akan mengukuhkan kedudukan serta ketokohan beliau sebagai pengarang yang memiliki ciri-ciri keunggulan kerana mempunyai ideologi, kreativiti, sensitiviti dan matlamat tersendiri dalam menghasilkan novel-novelnya.

 

Faisal Tehrani is among the new generation of prolific and active authors today. His works show distinct uniqueness in the textual and contextual aspects in terms of the changes in the flow, themes, problems and thoughts that come into being in producing his works. Accordingly, this study aims to analyze the development of his identity in his selected novels. Throughout his creative production, he has produced various teen and mature novels to effectively communicate his ideas, questions, problems, messages, etc. A total of five novels was studied, namely Perempuan Politikus Melayu, 1515, 1511H [Kombat], SsPJ, Tunggu Teduh Dulu and Bahlut. This study will apply a qualitative methodology involving intensive reading and interpretation of written sources. To analyze the development of identity, the texdialism theory will be used as the basis of the study. The Texdialism Theory puts forward the principles of individualism or individuality to detect the ability of an author to build his identity or personality. To track the construction of the individualism, this approach presented four exploratory elements, namely subjectivity, individual style, individual inventor and individual action. All of these elements will be analysed textually and consistently based on the objectives and questions of the study. The study found that Faisal Tehrani sought to build and display his identity through subjectivity, individual styles, individual inventions and individual actions. The ability to build this individualism will reinforce his position as an author who has the characteristics of excellence because of his ideology, creativity, sensitivity and purpose in producing his novels.

How to Cite
Hasan, F., Mohd. Ali, T. I. M., & Mamat@Mustaffa, M. (1). INDIVIDUALISME FAISAL TEHRANI DALAM KEPENGARANGAN BERDASARKAN NOVEL-NOVEL TERPILIH . RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 6(1), 31 - 60. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/37