Pageturners dalam Buku Cerita Bergambar Kanak-kanak
Pageturners In Children’s Picturebooks
Abstract
Buku cerita bergambar kanak-kanak merupakan satu genre yang istimewa dalam kesusasteraan kanak-kanak. Gambar dalam buku cerita bergambar kanak-kanak berfungsi sebagai daya penarik yang penting untuk menarik minat serta menggalakkan seseorang kanak-kanak itu membaca pada peringkat umur yang rendah. Namun, kajian tentang buku cerita bergambar kanak-kanak di Malaysia kurang mendapat perhatian yang sewajarnya. Sebagai satu genre sastera yang unik, teks dan gambar dalam sesebuah buku cerita bergambar kanak-kanak mempunyai fungsi yang sama untuk menjadikan sesuatu cerita itu bermakna. Hal ini menyebabkan hubungan antara teks dengan gambar dalam buku cerita bergambar kanak-kanak menyumbang kepada perkembangan elemen sastera yang memberi kesan kepada pembacaan kanak-kanak. Pageturners merupakan elemen yang hanya terdapat dalam buku cerita bergambar kanak-kanak dan berfungsi untuk menimbulkan unsur suspens dalam kalangan pembaca kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti pageturners dalam buku cerita bergambar kanak-kanak dan menganalisis pageturners dalam buku cerita bergambar kanak-kanak berdasarkan pendekatan Nikolajeva (2006). Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dengan meneliti enam buah buku cerita bergambar kanak-kanak yang mengandungi penggunaan pageturners. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pageturners yang terdapat dalam buku cerita bergambar kanak-kanak yang dikaji digunakan untuk menimbulkan unsur suspens dan rasa ingin tahu dalam kalangan pembaca kanak-kanak. Kesimpulannya, pageturners yang terdapat dalam buku cerita bergambar kanak-kanak berperanan untuk menjadikan sesebuah buku cerita bergambar kanak-kanak itu menarik dan menjadikan pembaca kanak-kanak berasa terhibur.
References
Abdul Halim Ali. (2010). Konsep Estetika Bersepadu: Terapan dan Analisis Terhadap Karya-Karya Puisi Ahmad Kamal Abdullah. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abdullah, N. I., Sarudin, A., Osman, Z., & Mohamed Redzwan, H. F. (2020). Elemen multimodaliti dalam karya kartun menerusi mod linguistik dan mod visual. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 8(2), 28-39. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/ index.php/ rumpun/ article/ view/126
Alimah Salam. (2010, September). Memperkasakan karya sastera kanak-kanak. Dewan Sastera, 39-43.
Bekkedal,T.K., (1973) Content Analysis of Children’s Books. Library Trends, 22 (2), 109-126.
Chew Fong Peng, (2012) Developing Children’s Literary Resources. Educational Research and Review, 7 (7), 155-168.
Gressnich, E., (2012) Verbal and Visual Pageturners in Picturebooks. International Research in Children’s Literature, 5 (2), 167-183.
Hadijah Rahmat. (2006). Peranan dan Perkembangan Sastera Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hj.Wahid, A., & Ramli , F. N. A. (2017). Sastera Melayu Membina Teras Identiti Bangsa. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 5(1), 1 - 25. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/ index.php/ rumpun/article/view/47
Jalongo, M.R., (2004). Young Children and Picture Books. (2nd edition). Washington: National Association for the Education of Young Children
Mahzan Arshad. (2012). Pendidikan Literasi Awal Kanak-kanak: Teori dan amali. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Sultan Idris.
Nikolajeva, M. & Scott, C., (2006). How Picturebooks Work. New York: Routledge.
Nik Muhamad Affendi, N. R. (2013). Unsur Fantasi Sebagai Medium Pengajaran Dalam Sastera Kanak-Kanak. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 1(1), 210 - 227. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/107
Nodelman, P. & Reimer, M. (2003). The Pleasures of Children’s Literature. United States of America: Pearson Education, Inc.
Rusell, D., (2015). Literature for Children: A Short Introduction. United State of America: Pearson.
Short, K.G., Tomlinson, C.M., Brown, C.L., & Johnson,H. (2015). Essentials of Young Adult Literature. United State of America: Pearson Education, Inc.
Sipe, L., (2001) Picturebooks as Aesthetic Objects. Literacy Teaching and Learning, 6 (1), 23-42.
Sipe, L. & Brightman, A.E., (2009) Young Children’s Interpretations of Page Breaks in Contemporary Picture Storybooks. Journal of Literacy Research, 41, 68–103.
Copyright (c) 2021 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.