Analisis Puisi Mahmud Darwish Dan Taufiq Ismail Berdasarkan Pendekatan Strukturalisme Genetik

Analysis of Mahmud Darwish And Taufiq Ismail Poems Based on Genetic Structuralism

  • Jumadil Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Nazri Atoh Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Keywords: Mahmud Darwish, Taufiq Ismail, Puisi, Luaran, Dalaman

Abstract

Puisi Mahmoud Darwish dan puisi Taufiq Ismail menggambarkan tentang patriotisme yang berhubungkait dengan kepribadian dan keadaan sosial. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti unsur dalaman dan luaran puisi Mahmoud Darwish dan Taufiq Ismail. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis persamaan dan perbezaan unsur dalaman dan luaran antara puisi Mahmoud Darwish dan Taufiq Ismail. Dalam kajian ini tiga puisi Mahmoud Darwish (Bithoqotun Huwiyyah, Ila Ummy dan ‘An Insaan) dan tiga puisi Taufiq Ismail (12 Mei 1998, Malu Aku Jadi Orang Indonesia dan Bayi Lahir Bulan Mei 1998) dipilih untuk dianalisis. Kajian ini menggunakan teori Strukturalisme Genetik Lucian Goldman dengan pendekatan analisis deskriptif. Kajian mendapati bahawa unsur dalaman yang terdapat dalam puisi adalah diksi, imaji, gaya bahasa, tajuk, rasa dan amanat. Unsur luaran bagi puisi-puisi tersebut adalah kehidupan sosial pengarang. Persamaan unsur dalaman dan luaran dalam teks puisi Mahmoud Darwish dan Taufik Ismail; iaitu tajuk, diksi (gaya bahasa) dan kedua-dua penyair mengalami peristiwa yang sama dalam hidup, iaitu kepayahan dalam memperjuangkan kebenaran. Perbezaan unsur dalaman antara kedua-dua penyair adalah Mahmoud Darwish tidak mengikuti konsep puisi tradisional Arab, satu puisi Taufiq Ismail pula mengikuti konsep puisi lama Indonesia. Kajian ini dapat membuka jalan baharu bagi kajian bandingan sastra Arab dan sastera Indonesia, juga dapat dijadikan sebagai bahan perbandingan untuk mengkaji karya sastera yang lain dengan menggunakan teori Strukturalisme Genetik.

References

A.Halim Ali (2019) Pengetahuan Asas Penyelidikan Dalam Kesusasteraan Melayu. MZU Edu Publications.

Abdul Mun’im Al-Khafajiy. (1995). Al-adab Al-‘arabiy Fiy ‘Ashril ‘Abbasiy ats-tsaniy. Mesir: Maktabah Al-kulliyaat Al-azhariyah.

Abdul Halim Ali (2011) Pengantar Teori dan Kritikan Sastera: Barat dan Malaysia. Tanjong Malim: Persatuan Penulis Budiman Malaysia.

Abdul Halim Ali (2010) Konsep Estetika Bersepadu: Terapan dan analisis ke atas karya-karya puisi Ahmad Kamal Abdulllah. Tesis Ijazah Doktor falsafah Kesusasteraan Melayu. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abdur Al-Razzaq, Gasil. (2013). Al-Shurah Fiy Qasidah “Bitoqotun Huwiyah” Li Mahmud Darwish: Muqoronah Uslubiyah (Desertasi). Aljazair: University Akli Mohand Oulhaj.

Chin, Roslan. (2021). Analisis Karakteristik Realisme Dalam antologi Cerpen “Sewangi-Wangi Tulang” Karya Muhd. Mansur Abdullah. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 9 (1), 20-32.Retrieved From http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/140

Darwish, Mahmud. (2005): Al-A’mal Al-Kamilah. Beirut-Libanon. Riad El-Rayyes Books. (PDF diakses pada laman http://www.noor-book.com)

Darwish, Mahmud. (2005). Al-A’mal Al Ula. Beirut-Libanon. Riad El-Rayyes Books. (PDF diakses pada laman http://www.noor-book.com)

Handayani, Sepriyanti. (2009). Tema Patriotisme Dalam Tiga Puisi Mahmud Darwish (Tesis Diploma). Jakarta; Universitas Indonesia.

Ismail, Azman. (2018). Novel-Novel Shahnon Ahmad Dalam Perspektif Etnografi Semantik. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 6 (1), 1-30. Retrived From Retrieved From http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/36

Ismail, Taufiq. (2000). Malu Aku Jadi Orang Indonesia. Jakarta: Yayasan Indonesia.

Muzakki, Ahmad. (2011). Pengantar Teori Sastera Arab. Malang: UIN Maliki Press.

Sarah Binti Abu Kasim, Noor. (2018). Puisi Endoi Sebagai Instrumen Dakwah Untuk Pembangunan Insan. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 6 (1), 241-276. Retrived From http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/19

Taufiq A.Dardiri. (2011). Perkembangan Puisi Arab Modern. Jurnal Adabiyyat, X (2). 283-307.

Teeuw, A. (1983). Sastera dan Ilmu Sastera. Jakarta: Pustaka Jaya.

Published
2022-06-20
How to Cite
Jumadil, & Atoh, N. (2022). Analisis Puisi Mahmud Darwish Dan Taufiq Ismail Berdasarkan Pendekatan Strukturalisme Genetik. RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 10(1), 87 - 102. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/156