KepentinganTeater Melayu Tradisional Dalam Industri Kreatif

The Importance of Traditional Malay Theatre in the Creative Industry

  • A. Halim Ali Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Nur Inani Shamimi Azura@Che Daud Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Teater Melayu Tradisional, Mak Yong, Wayang Kulit, Mek Mulung, Industri Kreatif

Abstract

Perkembangan semasa ekonomi global menunjukkan industri kreatif adalah salah satu sumber penting pertumbuhan ekonomi dan percambahan budaya di negara-negara maju. Contohnya, industri ini telah menyumbang sebanyak USD$3 trilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat. Dalam perspektif ekonomi dan sosiobudaya Malaysia, industri kreatif telah memberi sumbangan sebanyak RM9.4 bilion kepada KDNK negara pada tahun 2008 dan berpotensi menjana ekonomi berpendapatan tinggi serta memartabatkan budaya bangsa. Dalam memacu negara ke kemuncak kemajuan, kreativiti dan daya pemikiran di luar kotak perlu dicambah dan dirangsangkan. Industri kreatif dikatakan meliputi seni persembahan dan muzik, reka bentuk, animasi, pengiklanan dan pembangunan kandungan. Namun begitu, penelitian ini hanya berfokus kepada sumbangan teater Melayu tradisional sebagai salah satu aset dalam industri kreatif negara. Ditemukan bahawa, terdapat beberapa jenis teater tradisional Melayu yang utama iaitu Mak Yong, Wayang Kulit, Mek Mulung dan Teater Bangsawan dengan ciri-ciri asas seperti gabungan lakonan, muzik, tarian, nyanyian, dan elemen puitis. Teater tradisional ini mengandungi unsur sastera seperti hikayat dan cerita rakyat yang menyampaikan mesej moral serta mitos melalui simbolisme dan kiasan. Potensi teater Melayu tradisional dalam industri kreatif terletak pada kemampuannya untuk dijadikan produk pelancongan budaya, hiburan dan seni budaya yang dapat menarik minat generasi muda serta pelancong. Kepentingan teater melayu tradisional dalam industri kreatif bukan sahaja dari aspek ekonomi, tetapi juga sebagai pemelihara identiti budaya untuk memastikan warisan seni ini terus hidup dan dihargai pada peringkat tempatan dan antarabangsa. 

References

A. Halim Ali (2019) Pengetahuan Asas Penyelidikan Dalam Kesusasteraan Melayu, Klang: MZ Edu Publications

A. Halim Ali (2019) Wacana Teori dan Kritikan Sastera, Shah Alam: NHA Excell Resources

Ali, A. H. (2011). Konsep Keindahan dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional: Beauty Concept in Traditional Malay Literature. PENDETA, 2, 99–117. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/ index.php/PENDETA/article/view/1109

Ghulam Sarwar (1979). Dramatari Makyung Kelantan: Satu pengenalan. Dewan Budaya: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khairul Hisham, A. (2012). Tari sebagai komponen penting dalam persembahan teater mek mulung di kampung wang tepus, jitra, kedah. Latihan Ilmiah, Jabatan Tari, Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Mohamed Ghouse Nasuruddin. (1994). Tarian melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammed Azanan, M. F., Tan, K. M. M., Jamaludin, A., & Kamarudin, H. D. (2021). Merungkai seni teater tradisional makyung: sejarah 400 tahun lampau serta pengiktirafan UNESCO. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia, 5(1), 142-154.

Saifuddin Abdullah. (2020). Memperkasa Industri Kreatif Negara. Bernama. https://bernama.com/bm/tintaminda/news.php? id=1845177 Dicapai 10/10/2024

Salleh Mohd. Akib. (2009). Permainan tradisional rakyat kelantan. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan

Sheppard, Mubin. (1983). Taman saujana, dance, drama, music and magic. Selangor. International Book Service.

Silalahi, R. (2023). Pembangunan industri kreatif sebagai pendorong pertumbuhan ekonomi. Circle Archive, 1(3): 2-6.

Suboh, R. (2023). Teater tradisional mendu dan bangsawan di asia tenggara: hubung kait sejarah dan elemen persembahan. Wacana Seni Journal of Arts Discourse, 22: 34-50.

Toh Lai Chee. (2004). Muzik dalam mek mulung: perkaitannya dengan perwatakan, gerak–geri dan kegiatan. Minden: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Zahari, Z. & Yuszaidy Mohd Yusoff, M. (2020). Persembahan tradisional mek mulung di Malaysia: perubahan struktur persembahan. Jurnal Melayu Sedunia, 3(1), 100-121.

Zaini-Lajoubert, M. (2010). Karya sastera melayu moden yang berilhamkan karya sastera Melayu lama. Jurnal Terjemah Alam & Tamadun Melayu 1(2), 113-114.

Zaini-Lajoubert, M. (2020). Dasar Industri Kreatif Negara (DKIN). Putrajaya: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

https://www.scribd.com/presentation/455630593/Dasar-Industri-Kreatif-Negara

https://peoplepostinsiderdotcom.wordpress.com/2020/11/25/industri-kreatif-negara-peranan-dan-usaha-pemerkasaan/

Published
2024-12-31
How to Cite
Ali, A. H., & Azura@Che Daud, N. I. S. (2024). KepentinganTeater Melayu Tradisional Dalam Industri Kreatif. RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 12(2), 70 -82. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/194