Pendekatan Pengurusan Sastera Dalam Landskap Kesusasteraan Kontemporari: Analisis Terhadap Novel Ibuku Srinkandi
Literary Management Approach in Contemporary Literary Landscape: An Analysis of The Novel Ibuku Srikandi
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis prinsip kepimpinan yang dipamerkan melalui watak Ibu di dalam novel Ibuku Srikandi karya Muhd Mansur Abdullah. Pendekatan Pengurusan Sastera, khususnya Prinsip Kepimpinan gagasan Profesor Mohamad Mokhtar Abu Hassan, digunakan sebagai landasan metodologi. Prinsip kepimpinan ini merangkumi empat dimensi utama: Dimensi Pentadbiran, Dimensi Pendidikan, Dimensi Tanggungjawab Sosial, dan Dimensi Ekonomi. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis teks kandungan (content analysis) terhadap novel tersebut bagi merungkai aspek kepimpinan watak Ibu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa watak Ibu merupakan model kepimpinan holistik yang menggabungkan keempat-empat dimensi tersebut. Bagi Dimensi Pentadbiran, beliau bijak mentadbir, berpandangan jauh, dan mengutamakan kesejahteraan keluarga dengan gaya kepimpinan yang toleransi (demokratik). Dalam Dimensi Tanggungjawab Sosial dan Pendidikan, beliau menzahirkan kepimpinan transformasional dengan mengasuh melalui teladan, memberikan bimbingan moral, dan membentuk keperibadian unggul, sekali gus berfungsi sebagai guru kehidupan. Sementara itu, dalam Dimensi Ekonomi, beliau memperlihatkan kepimpinan berasaskan daya juang (resilient leadership) dengan kebijaksanaan mengurus sumber terhad untuk kelangsungan hidup tanpa mengorbankan nilai diri. Kesimpulannya, kepimpinan watak Ibu dalam Ibuku Srikandi membuktikan bahawa sastera mampu berfungsi sebagai medium pendidikan kepimpinan insaniah, menonjolkan pemimpin yang cekap mengurus, luhur dalam budi, dan adil dalam tindakan. Beliau dilambangkan sebagai Srikandi yang mengangkat maruah insan melalui pengorbanan, kasih, dan hikmah.
References
A.Halim Ali (2019),Pengetahuan Asas Penyelidikan Dalam Kesusasteraan Melayu, Klang: MZ Edu Publication.
Ahmad Ibrahim Abu Sin. (1991). Pengurusan Dalam Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Al-Attas, S. M. N. (1980). The Concept of Education in Islam: A Framework for an Islamic Philosophy of Education. ABIM.
Beden, Sara & Jabatan, Beden & Melayu, Pengajian. (2022). Kepemimpinan Melayu dalam Prosa Tradisional dari Perspektif Prinsip Kepimpinan Pendekatan Pengurusan. 41. 34-51 ISSN 2075.
Bezzina, M. (2012). Moral Purpose and Educational Leadership: Exploring the Foundations. Springer.
Burns, J. M. (1978). Leadership. Harper & Row.
Certo, S.C. (1997). Modern Management. 7th ed. Prentice-Halll, Inc.
Chandri Singh dan Aditi Khatri. (2016). Principles And Practices of Management and Organizational Behaviour. SAGE Publications India Pvt Ltd.
Daft, R.L. (1997). Management. 4th Ed. The Dryden Press.
Fathin Noor Ain Ramli, Azhar Wahid & Abdul Halim Ali. (2021). Pengurusan Identiti Bangsa Dalam Trilogi Karya Hamka. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 9(1), 33 - 48. http:// rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/141
Fiedler, F.E. (1967). A Theoryof Leadership Effectiveness. Mc Graw-Hill.
Fiedler. F.E. (1964). A Contingency Model of Leadership Effectiveness. Advances in Experimental Social Psychology, 42(5):115-122.
Goleman, D. (2006). Emotional Intelligence: Why It Can Matter More Than IQ. Bantam Books.
Greenleaf, R. K. (1977). Servant Leadership: A Journey into the Nature of Legitimate Power and Greatness. Paulist Press.
Jaafar Muhamad. (1992). Asas pengurusan. Selangor: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2013). Pendekatan Pengurusan: Satu Metode Dalam Kritikan Sastera. Prosiding Himpunan Ilmuwan Sastera Melayu Malaysia Kedua Universiti Perguruan Sultan Idris, 4-5 Oktober, 2013.
Mohamad Zubir Ismail & Mohamad Mokhtar Hassan. (2017). Prinsip Perancangan Dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Dlm Journal of Business and Social Development, Volume 5 Number 1, March 2017: 123-139.
Mohamad Zubir Ismail, Sara Beden & Mohamad Mokhtar Hassan. (2015). Hikayat Awang Sulung Merah Muda Dari Perspektif Pendekatan Pengurusan. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 26, 2015, hlm 95-116.
Mohd Hizam Hahafiah dan Zafir Mohd Makhbul. (2003). Pengurusan Organisasi. Edisi Kedua. McGraw Hill Sdn. Bhd.
Morris, P. (2005). Religion And Identity: The New Zealand Spirit. Dlm Asmah Haji Omar dan Paul Morris. (2005). Religion and Identity, hlm. 1-19. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Muhd Mansur Abdullah. (2023). Ibuku Srinkandi. Kuantan: Dewan Persuratan Melayu Pahang.
Noddings, N. (2013). Caring: A Relational Approach to Ethics and Moral Education. University of California Press.
Northouse, P. G. (2021). Leadership: Theory and Practice (9th ed.). Sage Publications.
Robbins, S. P. dan Decenzo, D. A. (2001). Fundamentals of Management. 3rd Ed. Prentice Hall International.
Saravanan P. Veeramuthu. (2019). Kepemimpinan dalam novel perang sangkil: Satu bacaan pendekatan pengurusan. Asian People Journal (APJ), 2(1), 169-182. https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/45
Shanthi Subramaniam dan Mah B.K. (2016). Pra-U Teks STPM Pengajian Perniagaan (Pengurusan). Selangor; Penerbitan Pelangi Sdn Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2016). Kepimpinan wanita dalam karya sastera Melayu moden: Satu analisis feminis. Jurnal Pengajian Melayu, 27(2), 45–60.
Tannenbaum, Robert (1958). Hoe To Choose A Leadership Pattern. Harvad Business Review.
Yulk, G. 1998. Leadership in Organizations (4th Edition). Prentice Hall International.
Zaitul Azma Zainon Hamzah, & Mohd Hanafi Ibrahim. (2018). Watak wanita dan pembentukan nilai dalam novel Melayu kontemporari`. Jurnal Melayu, 17(1), 77–95.
Copyright (c) 2026 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.









