Struktur Binaan Kerangka Model Emosi Watak Protagonis Wanita Berdasarkan Novel Popular Dan Realiti
The Structure of the Emotional Model of the Female Protagonist Character Based on Popular Novel and Reality
Abstract
Kajian ini membincangkan emosi dan helah bela diri watak protagonis dalam novel popular dengan wanita bekerjaya berkeluarga. Terdapat empat buah novel popular yang menjadi bahan kajian iatu novel 7 Hari Mencintaiku (Siti Rosmizah), Suri Hati Mr. Pilot (Dila Dyna), Adam dan Hawa (Aisya Sofea) dan Dekatnya Cinta (Aisya Sofea). Keempat-empat novel tersebut dipilih berdasarkan ciri-ciri popular iaitu mendapat permintaan yang tinggi dan telah diadaptasi ke dalam bentuk drama televisyen. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti emosi dan helah bela diri watak protagonis dalam novel popular, merumuskan emosi dan helah bela diri watak protagonis wanita yang terdapat dalam novel popular. Akhirnya menjana model emosi wanita bekerjaya berkeluarga. Kajian ini menggunakan Teori Gabungan (Nordiana Hamzah), Teori Psikoanalisis (Sigmund Freud) dan Teori Rasa Fenomenologi (Sohaimi Abdul Aziz). Ketiga-tiga teori tersebut merupakan pegangan dalam menganalisis emosi dan helah bela diri watak protagonis dalam novel popular. Hasil dapatan daripada pembinaan jadual emosi, kajian ini mendapati terdapat 12 jenis emosi watak protagonis wanita dalam novel popular. Antaranya ialah emosi kasih, emosi malu, emosi riang, emosi sedih, emosi takut, emosi hairan, emosi marah, emosi jijik, emosi tenaga, emosi dendam, emosi dengki, dan emosi simpati. Namun, hanya sembilan emosi sahaja yang selari dengan emosi wanita bekerjaya berkeluarga masa ini. Helah bela diri watak protagonis wanita dalam novel pula terdapat 10 jenis. Antara helah bela diri tersebut ialah, sublimasi, rasionalisasi, projeksi, introjeksi, pembentukan reaksi, fantasi, represi, penafian, agresi dan regresi. Namun, hanya satu HBD (helah bela diri) sahaja yang berada paling hampir dengan wanita realiti, dua HBD yang berada di gelung kedua, lima HBD di gelung ketiga, dua HBD yang berada di gelung keempat dan dua HBD yang berada di gelung terakhir. Hal ini menunjukkan bahawa semakin jauh gelung daripada bulatan HBD, semakin kurang persamaan HBD yang diambil oleh wanita bekerjaya berkeluarga dalam realiti. Kesemua dapatan tersebut dapat membantu penulis untuk menghasilkan karya yang baik dan lebih dekat dengan keadaan realiti watak protagonis. Hal ini akan mewujudkan emosi yang selari terhadap pembaca berdasarkan watak dalam novel.
References
A.Halim Ali. (2019) Pengetahuan asas penyelidikan dalam Kesusasteraan Melayu, Klang: MZ Edu Publications.
Abdul Halim Ali (2013) Pengantar Teori & Kritikan Sastera: Barat Dan Malaysia. Tanjong Malim: Persatuan Penulis Budiman Malaysia.
Abdullah, I. R., & Ali, A. H. (2019). Terapan Konsep Feminisme Talbiah Dalam Cerpen Akar Cinta Karya Aminah Mokhtar. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 7(1), 46 - 85. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/27
Agus Budiyanto. (2015). Respon Neurotik Kehidupan Sosial Tokoh Sentral Dalam Novel Bouleyard De Clichy (Agonia Cinta Monyet) Karya Remy Sylado: Kajian Psikoanalisis Karen Horney. Universitas Negeri Semarang, Indonesia. JSI 4(1).
Andrei Yusuf Ajie Wibowo. (2008). Kajian Fenomenologi Rose Window Pada Gereja Paroki Hati Kudus Yesus Malang. Iniversitas Kristen Petra, Surabaya. Indonesia.
Ani Dessy Arifianie. (2014). Analisis Konflik Psikis Tokoh Utama dan Nilai-nilai Pendidikan Karakter dalam Novel Asmarani Karya Suparto Brata (Kajian Psikologi Sastra). Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Universitas Sebelah Maret. Indonesia.
Artha Pradika. (2016). Psikoanalisis Sebagai Pendekatan Dalam Bimbingan Konseling (Studi Pemikiran Sigmund Freud). Jurusan Kependidikan Islam, Fakulti Ilmu Tarbiyah dan Keguruan. Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga, Yogyakarta. Indonesia.
Azaha Ibrahim. (2015). Rasa Fenomenologi Dalam Filem-filem Arahan dan Lakonan Oleh P.Ramlee. Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan. Kelantan.
Cohen, J.W. (1988). Statistical power analysis for the behavioral sciences (2nd Edition). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
Din, G., & Ali, A. (2020). Naluri kemasyarakatan mengangkat keunggulan kepengarangan Muhammad Hj Salleh terhadap pembangunan minda bangsa Melayu. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 8(1), 26 - 41. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/5
Din, G., Ali, A. H., & Sulong, M. A. (2015). Konsep Komunikasi Dan Kepengarangan Muhammad Haji Salleh Berasaskan Model Teksnaluri. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 3(1), 166 - 186. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/82
Dwi Setyawati Sinaga. (2015). Id, Ego dan Superego Tokoh-tokohdalam Cerpen L’Enfant dan Le Papa de Simon Karya Guy de Maupassant. Jurusan Bahasa dan Sastra Asing, Fakultas Bahasa dan Seni, Universiti Negeri Semarang. Indonesia.
Daniel Goleman. (2007). Emotional Intelligence, terj. T. Hermaya, (Jakarta: Gramedia Pustaka Utama, 2002), hlm. 7
Field, A. (2009). Discovering Statistics Using SPSS: Introducing StatisticalMethod (3rd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage Publications.
Fox, W. (2003). Social Statistics: A Text Using MicroCase. 4th Edition (pp. 221-252). Thompson Learning. USA.
Ekarini Saraswati. (2011). Pergeseran Citra Pribadi Perempuan Dalam Sastra Indonesia: Analisis Psikoanalisis Terhadap Karya sastra Indonesia Mulai Angkatan Sebelum Perang Hingga Mutakhir. Universitas Muhammadiyah Malang, Indonesia. Jurnal Artikylasi Bil.12, No.2, 2011.
Copyright (c) 2022 Rumpun Jurnal Persuratan Melayu
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.