Pengurusan Teknologi Dalam Karya Kesusasteraan Melayu
Technology Management in Malay Literary Works
Abstract
Kajian mengenai pengurusan teknologi dalam karya sastera kurang mendapat perhatian penyelidik. Ianya ada kaitan dengan persepsi bahawa teknologi adalah satu bidang berkaitan sains dan matematik. Teknologi haruslah dilihat sebagai percambahan ilmu dan buah fikiran dalam proses penyusunan bahan serta perkara yang dirancang bagi menepati keperluan dalam memudahkan kelangsungan kehidupan harian manusia Maka, teknologi boleh diklasifikasikan kepada dua sifat iaitu bersifat metafizikal yang boleh dipandang dan dipegang seperti peralatan, mesin dan sebagainya serta yang bersifat abstrak yang boleh dipandang tapi bukan dalam bentuk yang boleh dipegang seperti bahasa, persuratan dan sebagainya. Lantaran itu langkah awal telah dimulakan untuk meneliti mengenai pengurusan teknologi dalam novel-novel yang terpilih. Novel adalah sebahagian daripada karya kesusasteraan yang memperlihatkan kehidupan manusia. Ianya juga adalah naratif yang mengandungi peristiwa yang terwujudnya masalah dan konflik dalam watak watak, lalu aspek pengurusan menjadi salah satu manhaj untuk menyelesaikan perkara tersebut. Aplikasi pengurusan dapat membantu watak menghadapai permasalahan dan konflik ini bagi mencapai matlamat yang diinginkan. Aspek pengurusan teknologi dalam novel adalah dengan meneliti watak watak sebagai anggota masyarakat dan harus disandarkan kepada elemen perancangan, kepimpinan dan kawalan. Ini adalah kerana teknologi bukanlah sesuatu yang memberi kebaikan kepada manusia sahaja tetapi mempunyai implikasi negatif jika ianya gagal diurus dengan baik. Maka cabaran kajian adalah bertumpu kepada dua perkara pokok iaitu, pertama, mengenai pasti naratif teknologi dalam novel dan kedua mengenai aplikasi pendekatan pengurusan teknologi tersebut dalam novel.
References
Abu Bakar Abdul Hamid.(1997). Diskusi sastera: Kesusasteraan moden. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Barthes, Roland, (1989). “The Rustle of Language.” California: University of California Press.
Barthes, Roland (1977). Image music text. Terj. Heath, Stephen. New York: Hill and Wang.
Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi dan Osman Bakar. (1996). "Teknologi Menurut Perspektif Barat dan Islam." Dlm.Jurnal Usuluddin. Volume 3, Jun 1996. Pp. 147-155.
Elizebeth Gustin dan Dayangku Aslinah Abd. Rahim. (2020). "Kesan Pembangunan Luar Bandar ke atas Kesejahteraan Hidup Masyarakat di Sabah." Dlm. Jurnal Dunia Perniagaan, Volume 2, Nombor 4 (2020). Pp. 36-43.
Jaafar Muhamad. (1999). Asas pengurusan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. (1998). Pengajian Melayu 4: kesusasteraan dan pengajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2023). “Sejarah, Definisi, Konsep dan Prinsip Pendekatan Pengurusan.” Dlm. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, Jilid 13 Nombor 1. Pp. 1-10.
Mohd Fazli Abd Malek dan Abu Hanifah Haris. (2022). "Isu-isu alam sekitar dan perhuatan di Tanah Melayu sehingga tahun 1901." Dlm. Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Nombor 31 (2), Disember 2022. Pp. 17-40.
Rahman Shaari. (2001). Bimbingan istilah sastera. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Tuan Rusmawati Raja Hassan dan Nooratikah Daud. (2023). “Konflik Wanita Dalam Cerpen-Cerpen Terpilih Mawar Safei.” Dlm. Jurnal Melayu, Volume 22 (1) 2023. Pp. 52-66.
Wahyudi, Hendro Setyo dan Sukmasari, Mita Puspita. (2014). "Teknologi dan kehidupan masyrakat." Dlm. Jurnal Analisia Sosioloi, April 2014, 3 (1). Pp. 13-24.
Ahmad Amran (2002). “Pengurusan”. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Bengkel Pengurusan yang diadakan di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 28 Disember.
Koontz, Harold dan Weihrich, Heinz (1997) Pengurusan. Diterjemah Mohd. Salmi Mohd. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Berniker, E. (1987). Understanding technical systems. Paper presented at the Symposium on Management Training Programs: Implication of New Technologies, Geneva, Switzerland.
Copyright (c) 2024 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.