Nasionalisme Dalam Kumpulan Sajak Laut, Sungai dan Kita Karya Morsidi M.H

Nationalism in The Poetry Collection Sungai, Laut dan Kita by Morsidi M.H

  • Maslin Jukim/Jukin Universiti Brunei Darussalam
  • Syahwal Nizam Haji Yani Universiti Brunei Darussalam
  • Norhairunissa Radhiah Haji Bini Universiti Brunei Darussalam
Keywords: Sajak, Sajak Sungai, Laut dan Kita, Morsidi M.H, Nasionalisme

Abstract

Sajak menjadi pilihan popular dalam kalangan penulis Brunei. Sifat sajak yang bebas dan longgar dalam menyampaikan pemikiran menjadi penyebab kemunculan bentuk sajak mendahului genre lain di Brunei. Persoalan kebangsaan dan semangat patriotik menjadi persoalan dominan yang digemari penyajak Brunei. Selaku seorang guru, pensyarah, pengkritik dan penyelidik sastera, Morsidi M.H begitu memahami situasi perkembangan persajakan di Brunei. Hal ini sekaligus mempengaruhi penciptaan karya sajak beliau yang dapat diperhatikan dalam bukunya Kumpulan Sajak Sungai, Laut dan Kita yang diterbitkan pada 2021. Buku ini mengandungi 57 buah puisi dan terbahagi kepada empat tema iaitu Nadi dan the Kembara Hidup (20 sajak), Tanah Air (7 sajak), Alam dan Erti Kehidupan (12 sajak), dan Introspeksi dan Hakikat Kehidupan (18 sajak). Sesuai dengan isi dan tajuk, kumpulan puisi ini menyajikan kehidupan seiring dengan masa yang sentiasa bergerak ke hadapan. Sekaligus menampilkan semangat nasionalisme Morsidi M.H dan kebimbangan beliau terhadap perjuangan dan nasib bangsa. Ternyata sajak-sajak di bawah tema Tanah Air secara langsung memperkatakan tentang nasionalisme. Sajak-sajak ini menarik perhatian penelitian kerana setiap satu satu sajak ini amat berkaitan dan saling kait mengait dan membawa hal sejarah, kolonial, kemerdekaan, kegemilangan umpamanya yang dapat ditafsirkan sebagai suntikan semangat nasionalisme yang berterusan dan tidak ada noktahnya. Oleh yang demikian, berdasarkan pendekatan pragmatik dapat membantu memperlihatkan ke mana arah sajak-sajak ini membawa khalayaknya (pembaca) tentang erti tanah air. Dapatan penelitian ini cinta dan kasih tanah air memaknakan pelbagai nilai murni kehidupan berbangsa, berugama dan bernegara untuk terus mekar di setiap generasi sehingga kekal utuh berdiri sebuah bumi yang bernama Negara Brunei Darussalam.

References

A. Halim Ali (2019) Pengetahuan Asas Penyelidikan Dalam Kesusasteraan Melayu, Klang: MZ Edu Publications

Abd. Hamid Jaludin, Haji. 2010. Syair Awang Semaun sebagai epik bangsa Melayu Brunei. Berakas: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei

Abd. Karim bin Haji Abd. Rahman, Haji. “‘Negara Baru’ Brunei 100 Tahun Meniti Cabaran” Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei 111 anjuran Pusat Sejarah Brunei pada 8-9 Mac 2006 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Anderson, B. 1983. Imagined Communities: Reflections on the Origin and Spread of Nationalism. London: Verso.

Ainul Huda Mohamed Saaid. “Sastera wadah semarakkan patriotism”. https://mediapermata.com. bn/sastera-wadah-semarakkan-patriotisme/

Dwi Putri Rachmawati. Membangkitkan Semangat Nasionalisme Generasi Muda Bangsa Melalui Pembelajaran Sejarah Kongres Pemuda (1926 – 1928) file:///C:/Users/Veriton%20PC/ Downloads/nelly,+10.+Dwi+Putri+100-111.pdf).

https://www.un.int/brunei/brunei/country-facts)

https://dewansastera.jendeladbp.my/2022/09/13/5565/

Joko Pinurbo. 2019. Berguru Kepada Puisi. Indonesia: Diva Press

Kohn, H. 1944. The Idea of Nationalism: A Study in Its Origins and Background. New York: Macmillan.

Maslin Haji Jukim. 2022. “A Collection of Poems Sungai, Laut dan Kita by Morsidi M.H: The Story about Life.” Malay Literature. June. Jil.35/Bil.1.

Mohd Jamil al-Sufri, Pehin Dato (Dr) Haji Awang. 1992. Liku-Liku Perjuangan Pencapaian Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei.

Morsidi M.H. 2021. Kumpulan Sajak Sungai, LAUT dan KiTA. Berakas: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.

Munaris dan Khoeroum Nisa Liswati. 2018. Apresiasi Puisi. Yogyakarta: Graha Ilmu.

Nationalisme. (https://www.britannica.com/topic/nationalism) “Permanent Mission of Brunei Darussalam to the United Nations”. https://www.un.int/ brunei/brunei/country-facts

Robert Trumbull. 1 jan 1984 Boreno Sultanate Now Independent https://www.nytimes.com/ 1984/01/01/world/boreno-sultanate-now ndependent.html#:~:text=Jan.,'' (“Sultan-Sultan Brunei”. http://www.history-centre.gov.bn/Info%20Sejarah/Sultan%20-%20Sultan%20Brunei.aspx

Smith, A. D. 1991. National Identity. Reno: University of Nevada Press.

Sweeney, P.L. Amin. 1968. “Silsilah Raja-Raja Berunai”. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 41 (2(214)). pp. 1-82.

Toyidin. (2022). Memahami Bunyi Puisi; Teori dan Analisis. Indonesia: Textium

Wan Hashim Wan Teh. “Semangat Nasionalisme dalam Puisi Sasterawan Negara Usman Awang (Bhg.1). 13 september 2022. https://dewansastera.jendeladbp.my/2022/09/13/5565/

Widiyono, S. (2019) dalam Dwi Putri Rachmawati. Membangkitkan Semangat Nasionalisme Generasi Muda Bangsa Melalui Pembelajaran Sejarah Kongres Pemuda (1926 – 1928) file:///C:/Users/Veriton%20PC/Downloads/nelly,+10.+Dwi+Putri+100-111.pdf).

Published
2025-06-17
How to Cite
Jukim/Jukin, M., Haji Yani , S. N., & Haji Bini , N. R. (2025). Nasionalisme Dalam Kumpulan Sajak Laut, Sungai dan Kita Karya Morsidi M.H. RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 13(1), 1 - 17. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/195