Siram “Sultan Granminor” Dari Alam Dewa Ke Realiti Insan: Alegori Pengorbanan Dan Survival Puak Dusun di Brunei
Siram 'Sultan Granminor' From the World of Gods to Human Reality: An Allegory of Sacrifice and Survival of the Dusun People in Brunei
Abstract
Kajian ini meneliti lipur lara masyarakat Dusun di Brunei yang dikenali sebagai Siram dengan memfokuskan kepada teks Sultan Granminor. Bahan kajian terdiri daripada rakaman pita audio yang dirakam sekitar awal tahun 1980-an dan masih tersimpan sebagai dokumentasi tradisi lisan masyarakat Dusun di Brunei. Kajian ini bersifat primer dengan meneliti teks berdasarkan transkripsi dan gist (inti pati) cerita yang diperoleh daripada rakaman tersebut. Pendekatan tekstual digunakan dengan memberi tumpuan terhadap struktur naratif, khususnya melalui tindakan dan peranan watak dalam pembinaan cerita. Berdasarkan analisis tersebut, kajian ini menginterpretasi nilai dan pandangan hidup masyarakat Dusun sebagaimana yang terungkap dalam teks Siram ini, terutama berkaitan konsep pengorbanan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai pengorbanan berfungsi sebagai asas dalam mempertahankan keluarga, hak, wilayah dan kekuasaan, di samping menjamin kesinambungan sosial masyarakat Dusun di Brunei. Kajian ini signifikan dalam memperlihatkan jati diri serta pandangan hidup masyarakat Dusun sebagai sebahagian daripada kerangka masyarakat peribumi dan kebangsaan di Brunei.
References
Bantong Antaran. (1984). Kepercayaan Temarok: Sebuah Pengenalan Ringkas [Temarok Belief:
A Short Introduction]. Berita Muzium [Museum Newsletter] (Bandar Seri Begawan, Brunei) 1 (6): 24-9.
Bantong Antaran. (1993a). Brunei Dusun: An Ethnographic Study. [Tesis M.A., tidak diterbitkan]. University of Hull, UK
Bantong Antaran. (1993b). Brunei Dusuns. The Brunei Museum Journal. 6: 11-16.
Chong Ah Fok. (1984). Tamarok: Suatu Pengenalan. Beriga. 2: 22-27.
Chong Ah Fok. (1996). Institusi Keluarga Puak Dusun. Beriga. 53: 63-72.
Harni Susanti binti Sayong. (2025). `Pantang Larang Bertanam Padi: Jati Diri dan Dominasi Puak Dusun di Kampung Bebuloh`. Tesis M.A., tidak diterbitkan]. Universiti Brunei Darussalam.
Magil Lasak. (1989/1990). `Siram`. Latihan Ilmiah B.A Pendidikan] Universiti Brunei Darussalam.
Maslin bin Haji Jukim/Jukin. (2006). Diangdangan: Menyingkap Kembali Asal Usulnya. Pangsura, 22(12).
Maslin bin Haji Jukim/Jukin. (2011). “Diangdangan: Isu Asal Mulanya.” Prosiding Seminar Sejarah Borneo Ke-2, Pusat Sejarah Brunei.
Maslin bin Haji Jukim/Jukin. (2014). Patuturan: Akar Budaya dan Jati Diri Kebruneian. [Tesis Ph.D, tidak diterbitkan]. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Maslin bin Haji Jukim/Jukin. (2019). `Diangdangan Terancam?` Bahana. 427(54), 18-21.
Maslin bin Haji Jukim/Jukin. (2021). ’Awang Kebuncuan Isi Bukit Parai Amas’: Siram (Cerita Lipur Lara) Puak Dusun di Brunei. Jurnal Melayu Sedunia, 4(1).
Maslin Haji Jukim/Jukin dan Aslynnarita Galis (2021). Asal Usul Padi: Kajian Perbandingan Cerita Lisan Puak Brunei. Pangsura. Januari-Jun
Maslin Jukim, Pengiran Hajah Siti Norainna Pengiran Haji Besar, Norhairunissa Radhiah Haji Bini, Aslynnarita Galis dan Hajah Asiyah Az-Zahra Haji Ahmad. (2024). Hubungan Kekeluargaan (Dangansanak) Puak Dusun di Brunei dalam Cerita Lipur Lara Siram “Awang Nangkat Isi Laut”. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 12(1).
Muslim Burmat. (1992). Antologi ASEAN Bunga Rampai Sastera Rakyat Brunei. Brunei: The Asean Committee on Culture and Information.
Muhammad Hadi Abdullah Melayong. (1989). ‘Siram (Puisi Tradisional Masyarakat Dusun). Jurnal Beriga 25:66-81. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.
Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong. (2018). Basiram: Warisan Masyarakat Brunei,
Prosiding Seminar Antarabangsa Penyelidikan Mengenai Melayu (SAPEMM) kali ke-2.
Universiti Brunei Darussalam.
Pudarno Binchin. (2002). ‘Siram Ditaan: The performance of epic tales of derato in Brunei Dusun Society’. Tesis Sarjana. Brunei: Universiti Brunei Darussalam.
Pudarno Binchin. (2014). Singing Siram Ditaan: composition, performance, transmission of epic
tale in Brunei Dusun Society. Borneo Research Council Monograph series no.14
Pudarno Binchin. (2016). Budaya Masyarakat Dusun Imbasan Kembali. Bandar Seri Begawan: Jabatan Muzium-Muzium Brunei Darussalam.
Pudarno Binchin. (2017). Masyarakat Dusun dan Tamarok. Brunei: Jabatan Muzium-Muzium. Brunei Darussalam.
Copyright (c) 2026 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.









