Kelangsungan Cerita Lisan Brunei: Pendokumentasian, Pentafsiran dan Adaptasi Merentas Masa
The Continuity of Brunei's Oral Stories: Documentation, Interpretation, and Adaptation Across Time
Abstract
Cerita lisan Brunei merupakan khazanah warisan budaya yang mengandungi pelbagai pengetahuan, nilai kemanusiaan, hubungan manusia dengan alam serta memori kolektif masyarakat. Namun demikian, sebahagian besar bahan ini pernah tersimpan dalam bentuk manuskrip (himpunan transkripsi) selama lebih tiga dekad dan berdepan risiko kehilangan, keterbatasan akses serta kurangnya penghayatan oleh generasi muda. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan meneliti proses pendokumentasian, pemuliharaan dan transformasi cerita lisan Brunei daripada manuskrip kepada pelbagai medium kontemporari, di samping menganalisis peranan dan relevansinya dalam kehidupan masyarakat masa kini. Bahan kajian terdiri daripada himpunan cerita lisan yang merangkumi empat daerah di Negara Brunei Darussalam, termasuk penerbitan sebuah buku cerita lisan, dua buah buku tafsiran dan refleksi generasi semasa, himpunan skrip drama pentas, dua buah komik serta dua buah video adaptasi. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis kandungan terhadap teks, naratif dan hasil adaptasi yang dihasilkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa proses transformasi daripada manuskrip kepada media kontemporari berjaya memperluas jangkauan cerita lisan kepada pelbagai lapisan masyarakat serta menghidupkan semula makna dan fungsi warisan tersebut dalam konteks semasa. Cerita-cerita yang diadaptasi terus mengekalkan nilai pendidikan, pembentukan sahsiah, penghargaan terhadap alam sekitar, pengukuhan identiti budaya dan pemupukan hubungan antara generasi. Selain itu, penggunaan medium kreatif seperti drama, komik dan video didapati meningkatkan kebolehaksesan serta keterlibatan khalayak, khususnya golongan muda. Kajian ini signifikan dalam memperlihatkan bahawa cerita lisan bukan sekadar warisan budaya yang perlu dipelihara, tetapi juga sumber pengetahuan dan nilai yang boleh ditransformasikan secara kreatif untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat, kelestarian alam dan kesinambungan kehidupan merentas generasi. Dengan demikian, usaha pendokumentasian dan adaptasi media berpotensi menjadi model pemuliharaan warisan tidak ketara yang lebih dinamik dan lestari pada masa hadapan.
References
Arina Zata Sabila Musthafa Abrar. 22 September 2026. “AI Membantu Pelastarian Cerita Rakyat Melyu Brunei”. https://dewansastera.jendeladbp.my/ 2026/09/22/22796/ dilayari pada 30/9/2026
Arina Zata Sabila Musthafa Abrar. 22 September 2026. “Ai sebagai Alat Pelangkap dalam Bidang Sastera”. https://dewansastera.jendeladbp.my/ 2026/09/22/22790/ (dilayri pada 30/9/2026)
Ena Herni binti Wasli. (2026). “Menghidupkan Karya Sastera melalui Komik: Adaptasi Visual dalam Pendidikan.” Persidangan Antarabangsa Festival Karya Kanak-kanak Kali-1 2026, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Islamic Khazanah Hall, Brunei Darussalam, 19-20 September 2026.
Ena Herni binti Wasli. (2025). “Cerita Lisan Brunei Sebagai Naratif Global Selatan: Menjambatani Warisan dan Wawasan Melalui Pedagogi Persembahan”. Seminar Kesusasteraan Asia Tenggara (SAKAT), Bangunan Perpusatakaan Negara, Singapura, 9-10 September 2025.
Maslin bin Haji Jukim/Jukin, dkk. (2024.) (pngr.). Cerita Lisan Brunei. Bandar Seri Begawan: Maslin bin Haji Jukim (Program Kesusasteraan Melayu).
Maslin bin Haji Jukim/Jukin, dkk. (2025). (Ed.). Cerita Lisan Brunei Siri 2: Beberapa Catatan Pemikiran. Bandar Seri Begawan: Maslin bin Haji Jukim/Jukin.
Maslin bin Haji Jukim/Jukin, dkk. (2025). (Ed.). Cerita Lisan Brunei Siri 3: Pemikiran Sepintas Lalu. Bandar Seri Begawan: Maslin bin Haji Jukim/Jukin.
Maslin bin Haji Jukim/Jukin, dkk. (2025). Ed.. Cerita Lisan Brunei Siri 4: Antologi Skrip Drama Pentas. Bandar Seri Begawan: Maslin bin Haji Jukim/Jukin.
Maslin bin Haji Jukim/Jukin, dkk. (20260. Cerita Lisan Brunei Siri 5: Komik Manusia Menjadi Pantung. Bandar Seri Begawan: Maslin bin Haji Jukim/Jukin
Maslin bin Haji Jukim/Jukin, dkk. (2026). Cerita Lisan Brunei Siri 6: Komik Bukit Tempayan Pisang. Bandar Seri Begawan: Maslin bin Haji Jukim/Jukin
Maslin bin Haji Jukim/Jukin, dkk.(t/t). “Ai Dan Cerita Lisan: Di Sebalik Potensi, Tersimpan Kegusaran”. Dihantar untuk Bab Buku “Enam Dekat Menjulang Kata”, Dewan Bahasa dan Pusataka Brunei.
Ministry of Education. (2013). The National Education System for The 21st Century SPN21. Bandar Seri Begawan: Ministry of Education. Diakses daripada https://wpstorage786f4c975e.blob.core.windows.net/wpblob786f4c975e/wp-content/uploads/2026/06/SPN21-ENG-2013-COMPLETE.pdf pada 2 oktober 2026.
P. Palaniappan. (1991a). Cerita Rakyat Daerah Brunei Muara Siri Satu. Gadong: Jabatan Kesusasteraan Melayu.
P. Palaniappan. (1991b). Cerita Rakyat Daerah Temburong. Gadong: Jabatan Kesusasteraan Melayu.
P. Palaniappan. (1991c). Cerita Rakyat Daerah Tutong. Gadong: Jabatan Kesusasteraan Melayu.
P. Palaniappan. (1991d). Cerita Rakyat Daerah Belait. Gadong: Jabatan Kesusasteraan Melayu.
Rosmuliati Haji Yahya. (2026). “Pemanfaatan AI dalam Pelestarian Cerita Rakyat Brunei: Potensi dan Caabaran”. Seminar Antarabangsa Kesusateraan Melayu Asia Tenggara (SAKAT), di Universiti Sarawak Malaysia, Sarawak, Malaysia, 21-22 September 2026.
UNESCO. (t.t). ‘Text of the Convention for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage.” Diakses daripada https://ich.unesco.org/en/ convention#part3 pada 30 september 2026.
“What Is Artificial Intelligence (AI)?”. https://www.cfr.org/backgrounders/what-artificial-intelligence-ai?_gl=1*114rsr1*_gcl_au*MTY4Mz QxOTE5Ny4x Nzc5Mjg4NDc4*_ga* MjI4ODQ0NjA5LjE3NzkyODM2NzA.*_ga_24W5E70YKH*czE3ODI5ODM0MTUkbzM2JGcxJHQxNzgyOTgzNDM2JGozOSRsMCRoMA. dilayari pada 30/9/2026.
Copyright (c) 2026 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.









